Politik

Pak Kadir ni tak habis-habis meroyan, kata Najib

BEKAS Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Ahli Majlis Tertinggi Bersatu Datuk A. Kadir Jasin sebagai ‘meroyan’ kerana memainkan isu pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Najib berkata, sudah lima bulan anggota polis yang dijatuhkan hukuman mati berikutan kes itu, Azilah Hadri membuat akuan bersumpah (SD)

Jelas Najib, sekiranya tuduhan-tuduhan yang dibuatnya dalam SD sebagai permohonan untuk mengetepikan hukuman maut ke atas dia adalah benar, sudah lama kerajaan PH mendakwanya di mahkamah

“Pak Kadir ni tak habis-habis meroyan semenjak dua menjak ini. Dia masih mahu mainkan propaganda Altantuya mereka.

“Dia kata nak beri fakta. Okay, saya pun beri fakta. SD dari bekas polis itu untuk mengelak hukuman mati dia adalah bertarikh 15 Oktober 2019. Sekarang dah 5 Mac 2020. Sudah hampir 5 bulan berlalu.

“Jika tuduhan-tuduhan yang dibuatnya dalam SD sebagai permohonan untuk mengetepikan hukuman maut ke atas dia adalah benar, dah lama kerajaan PH mendakwa saya di Mahkamah. Sebab apa perlu tunggu 5 bulan pun tak dapat mendakwa?”

“Jaga-jaga Pak Kadir. Perlu ingat sumpah laknat saya,” kata Najib.

Kadir dalam hantaran Facebooknya hari ini memberi 12 fakta berkaitan pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke-8.

Antara fakta yang disentuh Kadir adalah pembunuhan Altantuya yang dikaitkan dengan Ahli Parlimen Pekan itu.

“Mohd Najib pula adalah bekas Perdana Menteri yang semasa berkuasa telah melantik Muhyiddin sebagai timbalan dan kemudian menyingkirkannya kerana membangkitkan isu skandal 1MDB.

“Kini Najib adalah OKT rasuah. Sebagai orang kena tuduh dia bergantung nasib kepada kerajaan dan mahkamah. Bayangkanlah sendiri implikasinya!

“Apatah lagi, dia sendiri mengalu-alukan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu dibuka semula. Adakah PM akan buka semula kes itu?,” tanya Kadir.-SM

 

 

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button