Hiburan

Pada usia 50 tahun supermodel Naomi Campbell dapat anak pertama

KELIHATAN seperti mustahul, tetapi itu yang berlaku kepada supermodel Britain, Naomi Campbell apabila menjadi ibu pada usia 50 tahun.

Beliau telah melahirkan bayi perempuan pada Selasa berdasarkan pengumumannya di Instagram.

Beliau mencatatkan: “Berkat si kecil yang indah telah memilih saya untuk menjadi ibunya.

Catatakan itu dipaparkan bersama sekeping foto tangannya yang memeluk sepasang kaki bayi.

“Sangat terhormat memiliki jiwa yang lembut ini dalam hidup saya, tidak ada kata-kata untuk menggambarkan ikatan seumur hidup yang sekarang saya kongsikan kepada anda malaikat saya. Tidak ada cinta yang lebih besar,” katanya seperti yang dilaporkan AFP.

Campbell tidak memberikan lebih banyak maklumat.

Dia pernah bercakap tentang menjadi seorang ibu, memberitahu majalah Evening Standard pada tahun 2017 bahawa “Saya selalu berfikir untuk mempunyai anak.”

Tetapi dia menambah bahawa “dengan cara sains saya rasa saya dapat melakukannya ketika saya mahu.”

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button