NasionalNegeri

Ops Hutang,Tepu: Rakyat Perlis diminta jelaskan tunggakan elektrik

RAKYAT Perlis diseru untuk menjalankan tanggungjawab bagi menjelaskan tunggakan elektrik kepada pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan mengurniakan bantuan kepada asnaf sempena Kayuhan MAIPs Peduli di Titi Tinggi, Padang Besar baru-baru ini.

Pihak TNB pada ketika ini sedang menjalankan operasi “Ops Hutang, Tepu” iaitu pemotongan bekalan lektrik di seluruh negeri bagi premis-premis pengguna yang terdapat tunggakan.

Operasi tersebut dijalankan sepanjang bulan November hingga Disember ini.

Demikian dipersembah maklumkan oleh Ketua “Retail” TNB Perlis, Azian Alias kepada Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas Baginda berkenan berangkat mengetuai Kayuhan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Peduli di Titi Tinggi, Padang Besar baru-baru ini.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan mengurniakan bantuan kepada asnaf sempena Kayuhan MAIPs Peduli di Titi Tinggi, Padang Besar baru-baru ini.

Kayuhan sejauh 15 kilometer bagi tujuan menyantuni asnaf yang terpilih di sekitar Kampung Titi Tinggi itu disertai oleh para pegawai dari pelbagai agensi negeri dan persekutuan serta syarikat swasta.

Baharum L Yusoff, 72 tahun, Rosanah Saad, 41 tahun dan Muhamad Hafiz Othman, 53 merupakan asnaf terpilih untuk menerima bantuan pada edisi kayuhan kali ini.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan berbual dengan salah seorang asnaf sambil diiringi Ketua Polis Perlis, Datuk Muhammad Abdul Halim pada Kayuhan MAIPs Peduli di Titi Tinggi, Padang Besar baru-baru ini.

Tuanku Syed Faizuddin Putra merangkap Yang DiPertua MAIPs telah berkenan menyerahkan bantuan wang tunai RM700 kepada setiap penerima berserta ‘Kits MAIPs Peduli’ dan beras fidyah bagi kelansungan hidup mereka. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button