“Old Money” antara gaya Andika Putra dan Wak Doyok mana lebih “Authentic”?
DALAM dunia fesyen, istilah “Old money” semakin menjadi topik perbualan hangat di kalangan netizen. Ia merujuk kepada gaya yang mencerminkan kemewahan klasik, terutama di Eropah dan Amerika, dengan penampilan eksklusif dan elegan yang tidak terlalu menonjolkan kekayaan.
Warganet mula membandingkan gaya “Old Money” antara dua pemengaruh media sosial, Andika Putra dan Wak Doyok, yang kini menjadi perdebatan.
Baru-baru ini, Andika memuat naik video di TikTok yang memperlihatkan ahli kelabnya berpakaian dalam gaya “Old Money.” Namun, segelintir netizen mengkritik Adika, mendakwa beliau tidak memahami konsep “Old Money” sebenar.
Sebaliknya, Wak Doyok, seorang selebriti fesyen yang terkenal di Malaysia, telah lama dikenali dengan gaya klasiknya yang tersendiri. Beliau sering memadankan sut klasik dengan aksesori seperti cermin mata vintaj dan topi bowler, mencipta gaya yang unik dan sedikit berunsur “hipster.”
- Filem Jangan Pandang Belakang 2, banyak persoalan21 November 2024
Apa Itu “Old Money”?
Konsep “Old Money” bukan sekadar merujuk kepada kekayaan yang diwarisi turun-temurun, tetapi juga gaya hidup yang sederhana, mewah, dan penuh kelas. Dalam fesyen, gaya ini biasanya tenang, tanpa logo jenama besar yang mencolok mata. Sebaliknya, ia menekankan pada material premium dan potongan klasik yang melambangkan kemewahan yang tersirat.