WALAUPUN berjaya muncul juara acara 400 meter (m) Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia Cahya Mata 2024 di Stadium Darul Makmur, Kuantan, namu atlet olahraga negara, Shereen Samson Vallabuoy gagal mencatatkan masa yang diperlukan untuk layak secara merit ke Olimpik Paris.
Atlet kelahiran Perak itu memperoleh catatan masa 52.45 saat (s), gagal memperbaharui rekod kebangsaan miliknya, 51.80s.
Tempat kedua dimenangi Nurul Aliah Maisarah Nor (57.18s) dari Johor dan peserta mewakili ATM, Nurul Faizah Asma Mazlan tempat ketiga (57.61s).
Shereen perlu mencatatkan masa bawah 51 saat untuk layak secara merit ke Paris dan kini dia terpaksa menunggu pada pertandingan di Terbuka Kazakhstan di Almaty pada 23 dan 24 Jun ini dalam usahanya memecahkan rekod kebangsaannya, 51.80s sekali gus layak secara mirit ke Sukan Olimpik Paris 2024. – SM