AKIBAT ‘durian terbang’ seorang pemandu lori nyaris maut selepas terbabas ketika sedang memandu sebuah lori di Balik Pulau, Pulau Pinang.
Durian yang gugur lazimnya dianggap rezeki sama ada boleh dijual atau dimakan terus, kadang-kadang tak sempat makan pun sebab dicuri orang.
Lim Chai Huat, 43 bekerja sebagai juruteknik penghawa dingin bersama seorang pekerjanya warga Bangladesh dalam perjalanan dari Balik Pulau menuju ke Paya Terubong.
Mereka berdua baharu pulang daripada melakukan kerja menyelenggara penghawa dingin pada Khamis lepas.
Apabila dalam perjalanan, ketika sedang memandu lorinya, tiba-tiba sebiji durian ‘terbang’ dari arah hadapan.
BACA > MRT siap, jalan raya masih sesak? — Suara Merdeka
“Ketika sedang memandu, tiba-tiba sebiji durian masuk melalui tingkap bahagian pemandu dan terkena pada kepala Chai Huat.
“Kemudian, durian tersebut bergolek dan terkena pula bahagian tangan dan jatuh ke kaki pekerja Bangladesh.
“Chai Huat kemudian hilang kawalan dan menghentam sebuah kereta yang terletak di bahu kiri jalan.”
Demikian situasi tersebut diceritakan pekerja Chai Huat, Lim Beng Huat, 44 kepada The Star hari ini.
Susulan kejadian itu, kedua-dua mereka dikejarkan ke Hospital Balik Pulau untuk mendapatkan rawatan.
“Saya rasa durian tersebut mungkin gugur dari pokok ataupun jatuh daripada kenderaan lain yang membawa buah tersebut.
BACA > PM ingatkan penjawat awam cara kerja sebelum Covid-19 tidak memadai — Suara Merdeka
“Kerana durian itu masuk melalui tingkap pemandu yang ketika itu memang terbuka.
“Saya kemudian membuat laporan polis berhubung kemalangan tersebut.
“Namun saya bersyukur kerana tiada kejadian serius berlaku akibat kemalangan tersebut,” tambahnya.
Balik Pulau cukup sinonim sebagai tempat bagi penggemar buah-buahan eksotik menikmati durian.
Malah, kawasan itu juga terkenal sebagai tempat untuk menikmati buah durian di Pulau Pinang selain Lorong Susu dan Jalan Anson.
Di sana terdapat dua premis yang dikenali penduduk tempatan sebagai tempat untuk menikmati pelbagai jenis durian iaitu Lim Brothers dan Bao Sheng Durian.
BACA > 53 motosikal, lapan kereta terbakar — Suara Merdeka
Musim durian di Balik Pulau lazimnya antara Jun hingga hujung bulan Julai setiap tahun. – SM