Nur Suryani terkandas di pusingan kelayakan 50m rifle Olimpik Tokyo
PENEMBAK wanita negara, Nur Suryani Mohamed Taibi terpaksa akur cabarannya dalam acara 50 meter (m) rifle 3 positions wanita di Sukan Olimpik 2020 berakhir di pusingan kelayakan.
Dia menamatkan saingan di tempat ke-34 di Lapangan Menembak Asaka, hari ini.
Nur Suryani, 38, mengumpul 1,142 mata jauh daripada catatan terbaiknya yang juga rekod kebangsaan iaitu 1,172 mata dan rekod tidak rasmi 1,182 mata yang pernah dilakukannya.
Saingan peringkat awal itu diungguli pemenang pingat emas Kejohanan Eropah yang mewakili Jawatankuasa Olimpik Rusia (ROC), Yulia Zykova dengan 1,182 mata.
Berkongsi tempat kedua ialah penembak Amerika Syarikat (AS) berusia 27 tahun, Sagen Maddalena dengan Jolyn Beer dari Jerman yang masing-masing mencatat 1,178 mata.
Penembah yang merangkul tiga pingat emas di Kejohanan Dunia 2018 di Changwon, Korea Selatan, berada kedudukan ketiga.