Politik

Nur Jazlan pula serang Tan Sri Annuar Musa

ISU Surat Perjanjian masih terus berlegar dan hangat diperkatakan dan kali ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa menjadi sasaran Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Nur Jazlan tuduh Annuar bila bercakap, kadang kala, Annuar kelihatan lebih besar daripada Presiden UMNO.

Nur Jazlan juga menuduh, adakah tindakan Annuar dalam Perjanjian ini menjadikan Annuar seolah-olah seperti Mursyidul Am UMNO?

Nur Jazlan minta Annuar perjelaskan Isu Perjanjian dengan Parti PPBM ini.

Netizen melihat, patutlah Kapal UMNO seolah-olah mahu karam apabila saban hari kelihatan pemimpin-pemimpin UMNO yang kalah pada PRU14, setiap hari mengkritik Perdana Menteri dari UMNO seolah-olah PM daripada parti pembangkang.

Pemimpin-pemimpin ini sudah hilang fokus kerana pemimpin yang dekat dihati mereka, tidak menjadi Perdana Menteri.

Mereka setiap hari kritik PM Ismail Sabri, bertujuan mahu menjatuhkan pemimpin UMNO ini, agar pemimpin pilihan hati mereka, boleh naik semula menjawat jawatan Perdana Menteri.

Serangan demi serangan terhadap PM Dato’ Sri Ismail Sabri hanyalah sebagai alasan sahaja bagi nenghalalkan niat jahat mereka. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button