Nottingham Forest di tangga ke tiga liga
Nottingham Forest mencatatkan kemenangan ketiga berturut-turut dalam Liga Perdana untuk melonjak naik menduduki tempat ketiga dalam carta apabila penyerang Chris Wood memberi inspirasi kepada mereka untuk meraih kejayaan selesa 3-0 menentang West Ham United di City Ground
Wood menanduk masuk gol keenamnya dalam enam perlawanan terakhir Liga Perdana pada pertengahan babak pertama, sebelum Edson Alvarez dibuang padang.
Bermain denan 10 pemain pada separuh masa menambah derita The Hammers dengan jaringan tambahan Callum Hudson-Odoi dan Ola Aina ketika Forest melebarkan rekod tanpa kalah mereka kepada empat perlawanan.
Anak buah Nuno Espirito Santo melonjak mengatasi Arsenal untuk berada di tempat ketiga dalam jadual berikutan kekalahan 1-0 The Gunners kepada Newcastle United pada hari Sabtu.
West Ham pula merosot ke tangga ke-14 dengan 11 mata daripada 10 perlawanan, setelah gagal membina kemenangan minggu lalu ke atas Manchester United.