Noh Salleh kehilangan anak di usia kandungan 7 bulan, namakan arwah anak ‘Julian’
PENYANYI Noh Salleh dan isterinya, Fatin Athirah Mustapa telah kehilangan bayi dalam kandungan ketika usia 7 bulan pada 22 September.
Perkara itu telah diberitahu oleh Noh ‘sendiri menerusi Instagramnya dan jelas memaparkan Noh sedang menguruskan pengebumian anak syurganya dan keadaan isterinya yang sedang terlantar di atas katil hospital serta tanah perkuburan.
‘’Hari ini genap 22 September adalah genap 7 bulan kami kehilangan anak di dalam kandungan,’’ tulisnya di Instagram.
Tambah Noh, mereka bukan sahaja ‘berjuang’ dengan bekas isteri, Mizz Nina yang juga aktivitis kemanusiaan untuk mendapatkan hak bersama anak angkat, Musa.
Malah, dia dan isteri juga perlu memastikan anak dalam kandungan sihat, namun mereka tidak dapat melawan takdir yang telah ditentukan oleh-Nya.
“Pasti segala ujian ini adalah untuk mempersiapkan kami agar menjadi lebih kuat atau erti kata lain UPGRADE diri sebagai suami isteri.
“Walaupun perit bak lalui segala yang aneh-aneh, tapi kami bersyukur. Tuhan jernihkan semua untuk kami nampak dan ternyata hidup lebih steady dan tenang,”luahnya.
Bagaimanapun, mereka meluahkan rasa syukur kerana dikelilingi insan yang tidak henti memberi kekuatan, doa dan menemani di saat mental dan emosi tidak stabil.
Noh juga memberitahu, dia dan isteri menamakan anak syurga mereka ‘Julian’ dan berharap agar diberi keizinan untuk bertemu di kemudian hari.
Artikle Berkaitan :>
Noh Salleh Dan Mizz Nina Bercerai Talak Satu Di Mahkamah Gombak Timur? – Netizen