Negeri

No Wedding, takde kahwin, jangan kacau saya- Tengku Hassanal

BARU-baru ini kecoh di media sosial mengatakan, anak kepada Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah  Shah akan berkahwin tidak lama lagi.

Ada yang gembira apabila mendengar berita itu siapakah bakal permaisuri yang akan bertakhta di hati Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah itu namun ada juga yang sedih mendengar berita itu terutama pada golongan wanita.

Namun baginda memohon orang ramai supaya menghormati keputusan dan privasi peribadi berkaitan perkahwinannya kelak.

Ini kerana titah Tengku Hassanal, pilihan hidup yang penting seperti itu harus dibuat dengan teliti dan pada masa yang sesuai bagi baginda.

“Sebagai seorang putera raja dan waris ganti negeri, saya sangat menghargai keprihatinan dan minat yang ditunjukkan terhadap kehidupan peribadi saya oleh orang ramai.”

“Namun, saya memohon agar keputusan dan privasi peribadi mengenai perkahwinan saya pada masa hadapan dapat dihormati.” Titahnya menerusi laman Instagram.

Putera berusa 29 tahun itu juga hanya mahu fokus tanggungjawabnya ke atas rakyat jelata.

Saya percaya bahawa kehidupan yang begitu bermakna pilihan harus dibuat dengan teliti dan pada masa yang sesuai untuk saya.

“Buat masa ini, saya komited untuk berkhidmat kepada Raja dan Negara serta akan menjalankan tugas dan tanggungjawab saya dengan penuh dedikasi.

“Sokongan anda amat kami hargai. Terima kasih,” ujarnya lagi.

Sekadar info, Tengku Hassanal diputerakan pada 17 September 1995 di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.

Baginda terdahulu diisytiharkan sebagai Tengku Panglima Besar Pahang pada 18 Jun 2018.

Berikutan ayahanda baginda menaiki takhta sebagai Sultan Pahang yang keenam, Tengku Hassanal dilantik menjadi Tengku Mahkota Pahang pada 22 Januari 2019 dan dimasyhurkan pada 29 Januari 2019.

Artikle Berkaitan :>

Tengku Hassanal berangkat hadiri Festival Warisan dan Pelancongan Melaka-Pahang 2023

Jaga kemuliaan dan gelaran darjah kebesaran – Tengku Hassanal

 

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button