NasionalPencemaran

Nilai, Seremban, Banting, PJ, Cheras catat IPU tidak sihat

SEJAK semalam sehingga hari ini, memandu dari Kajang menuju ke pusat bandar dan seterusnya ke Cheras keadaan cuaca berjerebu yang sekaligus menunjukkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi direkodkan di Nilai, Negeri Sembilan dengan bacaan IPU 156, setakat jam 9 pagi, hari ini.

Berdasarkan kemas kini di laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) itu, satu lagi bandar di Negeri Sembilan iaitu Seremban turut mencatatkan IPU tidak sihat dengan bacaan 142.

Dua stesen udara di Selangor juga mencatatkan IPU tidak sihat, masing-masing Banting (119) dan Petaling Jaya (109).

Di Kuala Lumpur, hanya stesen udara Cheras merekodkan IPU tidak sihat dengan bacaan 134.

Tiga stesen udara mencatatkan IPU baik iaitu di Kangar, Perlis (47), Langkawi, Kedah (50) dan Kimanis (50).

Terdapat 67 stesen udara di seluruh negara dan 59 daripadanya mencatatkan IPU sederhana, setakat 9 pagi hari ini.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 di kategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).

Orang ramai boleh merujuk laman web APIMS untuk mengetahui tahap IPU terkini. – SM

BACA Lapan kawasan di Lembah Klang catat IPU tidak sihat

BACA Jerebu: Kualiti udara lima kawasan merosot

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button