Hiburan

Niat nak beli kereta Jay Jay  tidak kesampaian

TENGAH hari tadi jenazah allahyarham penyanyi, Jay Jay selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Tandang, Petaling Jaya hari ini.

Hasrat penyanyi yang popular menerusi lagu Rindu Bayagan itu, ingin membeli sebuah kenderaan jenama antarabangsa tidak kesampaian selepas menghembuskan nafas terakhir malam tadi di Hospital Thomson, Kota Damansara.

Menurut laporan Berita Harian, anak bongsunya, Nur Camelia Mohd Fauzi, 28, bapanya memberitahu ingin membeli sebuah kereta jenama Volvo selepas keluar hospital.

“Masa arwah dirawat di hospital, dia beritahu kami nak beli kereta Volvo selepas keluar hospital.

“Kami semua layankan sahaja. Tak sangka itu adalah permintaan terakhir arwah,” katanya ketika ditemui di Masjid Al Husna, Bandar Sunway, di sini, pagi tadi.

Camelia yang berumur 28 tahun itu juga berkongsi tentang sifat peribadi ayahnya semasa hidup, merupakan bapa contoh dan insan seni.

Sebagai bapa, arwah sangat sayangkan keluarga dan cucu. Beliau tak pernah ambil tahu hal orang lain dan sememangnya, bapa yang baik.

“Pada usia begini, kalau ada show raya arwah masih nak buat persembahan.

Malah, dalam keadaan kesihatan kurang mengizinkan kerana masalah jantung, arwah masih nak ambil tawaran menyanyi.

“Alhamdulillah, saya sempat berada di sisi arwah pada saat akhirnya. Tiada apa-apa pesanan, tetapi arwah minta saya menjalankan tanggungjawab menjaga emak,” ujarnya.

Mengulas kondisi Allahyarham di penghujung hayatnya, Nur Camelia berkata, dia menunjukkan perubahan ketara dan kurang bercakap selepas dua kali diserang angin ahmar.

Bagaimanapun, Allahyarham memiliki semangat juang tinggi dan tidak putus asa melawan kesakitan dihadapi.

“Keadaan bapa semakin teruk selepas pembedahan jantung kerana berlaku kegagalan pada beberapa bahagian organ dalaman.

“Arwah sepatutnya dibenarkan pulang minggu lalu, tetapi ada jangkitan kuman dalam air kencing. Selepas itu, organ lain pula mengalami kerosakan.

“Beliau juga mengalami dua kali serangan strok. Disebabkan itu kurang bercakap, tetapi saya puji kecekalan semangat untuk melawan kesakitan,” katanya.

Kira-kira 200 ahli keluarga, sanak-saudara dan kenalan memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Jay Jay yang menghembuskan nafas terakhir pada jam 9.27 malam tadi di Hospital swasta.

Antara rakan artis yang hadir termasuklah Datuk S Atan, Datuk Hattan, Datuk Freddie Fernandez, Aris Ariwatan, Zamani, Azura Aziz dan Azan Ruffedge.

Artikle Berkaitan :>

Bekas penyanyi Mentor TV3, Nabil Zmanhuri meninggal dunia

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button