Nasional

Netizen puji pengurus imej Perdana Menteri

Penampilan ‘sempoi’ Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Majlis Pelancaran Inisiatif Kediaman Rumah Keluarga Malaysia atau Rumah Ikram Keluarga Malaysia, pada petang, hari ini, mencuri perhatian warganet.

Ismail yang mengenakan kemeja putih tanpa tali leher dan kot atau jaket serta sinsing lengan disifatkan sesuai dengan majlis untuk rakyat.

Malah, kebanyakan warganet memuji pihak atau pasukan yang mengurus dan menjaga imej Perdana Menteri itu selain mahukan ia diteruskan.

“Kudos buat pasukan yang bekerja di belakang tabir dalam menguruskan imej PM,” komen seorang pengguna.

Sementara itu, seorang lagi pengguna laman sosial lain menyifatkan penampilan Perdana Menteri pada majlis itu bertepatan dengan kempen atau slogan yang dilancarkan baru-baru ini iaitu Keluarga Malaysia.

“Macam mana kempen Keluarga Malaysia yang dilancarkan, begitulah imej yang PM kita ingin tonjolkan yang mana dia mahu lebih dekat seterusnya disayangi rakyat Malaysia,” katanya.

Sebelum ini tular apabila jam tangan celoreng yang dipakai Perdana Menteri
ketika menghadiri satu program mencuri perhatian orang ramai termasuk golongan selebriti seperti pelakon Datuk Aaron Aziz. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button