Netizen masih desak Fattah Amin keluarkan kenyataan berhubung isu rumah tangga
PELBAGAI spekulasi timbul berhubung rumah tangga dua selebriti ini, iaitu Fattah Amin dan Fazura, yang masih berdiam diri sehingga mencetuskan tanda tanya di kalangan netizen.
Netizen mula meninggalkan komen dan menggesa Fattah untuk menjelaskan tentang kemelut rumah tangganya.
“Kami faham bahawa setiap orang ada hak dan privasi. Tetapi anda harus menerima bahawa anda seorang selebriti dan kami sebagai peminat anda,” komen seorang netizen.
Sementara itu, kenyataan Fazura yang sebelum ini mengatakan dia mahu fokus berkongsi mengenai isu semasa yang berlaku di Palestin dianggap tidak meyakinkan bagi seorang netizen yang meninggalkan komen.
” Sekali lagi, alasan yang diberikan Faz adalah tidak kukuh. Berhenti berdiam diri dan berhenti membuat kami membuat spekulasi. Menggunakan Palestin sebagai alasan adalah lemah,” tambah seorang lagi pengguna.
“Jika ini benar-benar mengenai Palestin, anda tidak akan melakukan apa yang anda lakukan sekarang. Kenapa bila berkaitan dengan anda dan Faz, Palestin menjadi isu? Jujur sahaja, itu yang peminat anda mahu tahu,” komen netizen berkenaan.
Terdahulu, perkongsian Fazura kembali menjadi perhatian ramai apabila memuat naik posting mengucapkan selamat tinggal kepada bulan Ogos.
Namun, apa yang mencetuskan tanda tanya adalah, Fazura dilihat memuat naik beberapa keping gambar bersama anak perempuannya tetapi tiada gambar suaminya.
Artikle Berkaitan :>
Ada sebab rupanya kenapa Fazura, Fattah Amin tak tunjuk wajah anak