Hiburan

Netizen kaitkan Uqasha kes buli di sekolah dulu lepas laporan polis pukul pembantu tular

LAPORAN polis seorang selebriti memukul pembantu peribadi tular di media sosial malah netizen juga kaitkan Uqasha dalam kes buli di sekolah dahulu.

Menerusi laporan berkenaan pelakon yang dimaksudkan ialah Uqasha Senrose dan dalam laporan sama, sepupunya yang juga pelakon Aprena Manrosedidakwa turut terbabit memukul individu berkenaan.

Dalam laporan yang dibuat oleh wanita berusia tersebut kejadian berlaku di pejabat Senrose Cosmetic pada 6 Ogos lalu.

Menurutnya, ketika perbincangan Aprena didakwa menepuk mulutnya berkali-kali dan memukul bahagian lengan menggunakan penyangkut baju.

Manakala Uqasha pula didakwa membaling kotak, merentap tudung dan meludah kepada dirinya. Menurut laporan itu lagi, wanita itu juga mendakwa diacu menggunakan gunting selain diugut.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button