Neo akan tetap teruskan pelajaran meskipun sudah bergelar penyanyi
PENYANYI cilik berusia 12 tahun, Neo, tetap teruskan pelajaran sehingga ke menara gading meskipun sudah bergelar seorang penyanyi.
Neo yang pernah tular membantu ibunya menjual baju bundle di Kota Kinabalu Sabah ini memberi pendapat bahawa pendidikan sangat penting dalam kehidupan jika ingin terus berjaya.
‘’Walaupun sudah bergelar penyanyi saya masih fikir untuk teruskan belajar jika boleh saya mahu sambung sampai ke universiti.
‘’Pada saya Pendidikan itu sangat penting, sebab dalam kehidupan ini kita masih perlu belajar saya tidak akan akan sampai di sini jika saya tidak belajar’’, Katanya semasa sesi sidang media berlangsung di Universal Studio.
Mengulas lebih lanjut tentang debut pertamanya, ‘Oh Ibu’, ditujukan khas buat ibunya malahan lagu ini ditulis berdasarkan kisah benar.
‘’Penulis mengambil masa untuk mengenali saya dan ibu. Setiap bait lirik lagu ini ditulis agar dapat menyampaikan rasa yang sebenar mengenai perjuangan seorang ibu dan anak dalam kehidupan seharian.
‘’Melodi lagu ini disesuaikan dengan luahan lirik agar dapat melontar perasaan dan menterjemahkannya melalui persembahan vokal rap yang beremosi’’, katanya.
Lagu ciptaan sepenuhnya oleh Cinderella dan dirakam di L.Y Music Factory, Shah Alam. Neo berharap agar lagu pertamanya ini diterima oleh orang ramai dan mendapat tempat di hati pendengar.
Dalam pada itu L.Y Music Factory turut memperuhkan penyanyi bakat seorang lagi dari Sabah, HersonBee, muncul single berjudul ‘Pemilik Hatiku’ hasil ciptaan sepenuhnya oleh dirinya serta mendapat sentuhan dari LY sebagai penerbit.
Oh Ibu dan pemilik hatiku kini boleh didengar di semua digital platform seperti Spoftify, Apple Music, KKBOX Deezer dan Youtube Music manakala muzik video juga telah ditayangkan secara eksklusif di saluran Youtube rasmi Universal Music Malaysia.
Artikle Berkaitan :>
Lagu Roslan Madun, Lemak Manis diciplak oleh penyanyi Indonesia