Luar Negara

Nelayan di persempadanan Malaysia – Indonesia tidak lagi ditangkap, hanya diusir

Malaysia dan Indonesia komited untuk mewujudkan perairan yang ideal dan mesra untuk nelayan serta komuniti di pantai kedua-dua negara.

Perkara itu dicapai dalam mesyuarat secara maya antara Majlis Keselamatan Negara (MKN) Malaysia dan Badan Keamanan Laut Republik Indonesia (Bakamla) baru-baru ini.

Timbalan Penerangan, Perundangan dan Kerjasama BAKAMLA, Dr. Samuel H. Kowaas berkata pelaksanaan memorandum persefahaman (MoU) mengenai ‘Common Guidelines’ dan ‘Common Best Practice’ mampu menyejahterakan nelayan kedua negara.

Selain meningkatkan hubungan kerjasama dua hala yang baik, mesyurat turut meningkatkan aktiviti kondusif berkaitan pengendalian insiden ‘Unresolved Maritime Boundaries’ di wilayah perairan masing-masing.

“Bakamla menyedari kepentingan meningkatkan komunikasi dan penyelarasan pegawai penguat kuasa undang-undang di kedua-dua negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Malaysia dan Indonesia memeterai ‘MoU In Respect of the Common Guidelines Concerning the Treatment of Fishermen by Maritime Law Enforcement Agencies of Malaysia and the Republic of Indonesia’ pada 27 Jan 2012.

Kedua-dua negara sepakat untuk hanya mengusir dan tidak menangkap nelayan yang didapati menangkap ikan di persempadanan maritim Malaysia-Indonesia.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button