Politik

Negara hilang hala tuju ekonomi, rakyat dibebankan, kata Muhyiddin

KERAJAAN hari ini didakwa  tidak mempunyai hala tuju jelas, terutamanya dalam bidang ekonomi hingga membebankan rakyat.

Pengerusi Perikatan Nasional; (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia termasuk daya saing Malaysia telah menurun tujuh anak tangga, menunjukkan keadaan ekonomi negara yang semakin merosot dan berada di tahap memalukan.

Dakwanya, ia berpunca daripada pengurusan negara yang semakin hari semakin caca merba akibat Kerajaan PH-BN yang kononnya dikatakan mahu membawa perubahan.

“Namun, janji-janji yang mereka buat tidak ditepati dan kerajaan tidak berjaya melaksanakan perubahan yang dijanjikan. Perkara utama yang menjadi pemikiran rakyat adalah kos sara hidup semakin meningkat.

“Antara isu yang paling dekat di hati rakyat adalah mencari rezeki, makan dan menghantar anak ke sekolah,” katanya ketika menyampaikan Ceramah Perdana PN di Puteri Gunong, Sungai Bakap malam tadi.

Beliau turut mengkritik kerajaan mengenai isu bekalan dan harga beras yang merupakan keperluan asasi rakyat Malaysia kerana gagal menyelesaikan masalah tersebut sehingga kini.

Muhyiddin menegaskan bahawa isu ini adalah persoalan besar kerana semua rakyat Malaysia, sama ada miskin atau kaya, bergantung kepada beras sebagai makanan asas.

Beliau juga mengkritik kerajaan kerana masih ‘mengkaji dengan teliti’ isu harga beras setelah beberapa bulan, sedangkan rakyat memerlukan tindakan segera menyelesaikan masalah tersebut. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button