Hiburan

Neelofa terima kompaun dengan hati terbuka, jadikan satu pengajaran

SELEBRITI dan usahawan, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor menerima jumlah kompaun yang dikenakan terhadapnya dengan hati terbuka.

Menurutnya, dia sudah dimaklumkan mengenai kompaun tersebut yang juga dikenakan terhadap suaminya.

“Saya menerima dengan hati yang terbuka dan menjadikan kompaun ini sebagai satu pengajaran untuk menggunakan kebenaran merentas negeri atas tujuan yang telah dipersetujui oleh pihak berkuasa.

“Perkara ini juga peringatan buat saya dan semua yang terlibat pada majlis kahwin saya untuk sentiasa menitikberatkan soal kepentingan SOP,” katanya.

Ujar Neelofa lagi, dia turut berterima kasih kepada semua pihak yang memberi kerjasama yang baik dalam menguruskan kesnya..

Jelasnya, dia turut meminta maaf jika kesnya itu memberikan sedikit masalah kepada kelancaran kerja-kerja harian kalian.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah mengesahkan selebriti itu telah dikenakan kompaun sebanyak RM20,000 kerana melangar prosedur operasi standard (SOP) Covid-19.

Neelofa dikenakan kompaun kerana gagal melakukan penjarakan sosial dan atas kesalahan rentas negeri.

Muhammad Haris Mohd. Ismail pula dikenakan kompuan RM10,000 tanpa diskaun kerana melanggar kebenaran rentas negeri.

Tambahnya, 20 orang anggota keluarga Neelofa yang hadir dalam majlis perkahwinan itu juga dikompaun masing-masing RM1,500 kerana gagal memastikan penjarakan fizikal. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button