Neelofa Bukti Kehebatan Wanita Melayu Mengatasi Kemampuan Portugis Menurut Sejarah
Sejarah Portugis yang bertahun-tahun cuba untuk menguasai Melaka bermula tahun 1511 tidak akan terpadam dan akan dikenang sebagai permulaan Tanah Melayu dijajah.
Berbeza dengan perjuangan Noor Neelofa Mohd Noor atau Neelofa, beliau berjaya membuatkan daerah Nilai di Negeri Sembilan jatuh ke tangan Selangor Darul Ehsan dalam tempoh kurang enam bulan.
Hal ini dapat dibuktikan apabila Pejabat Peguam Negara membuat keputusan tidak mengenakan tuduhan rentas negeri ke atas Neelofa dan suami, Muhammad Haris Mohd Ismail setelah kantoi membeli karpet di Nilai.
Sehubungan itu, golongan netizen yang tidak memiliki jawatan sebagai peguam atau pembesar yang boleh menggubal undang-undang semasa disaran untuk berpura-pura bodoh dan tidak tahu geografi Malaysia.
- Berita parodi