NasionalPolitik

Nazri Kantoikan Zahid Takut Jumpa Dengan Semua MP UMNO Dan Bertindak Sesuka Presiden

Rupa-rupanya keputusan menarik sokongan terhadap Perikatan Nasional (PN) dibuat selepas menganak tirikan beberapa pendapatan ahli Parlimen UMNO.

Dalam erti kata lain, Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak membuat pertemuan dengan semua ahli Parlimen UMNO tetapi membuat kenyataan melibatkan ‘semua ahli Parlimen UMNO’.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mempersoalkan kenapa sehingga saat ini Zahid enggan mengadakan pertemuan dengan semua ahli Parlimen UMNO.

Kata Nazri kepada Astro Awani, semasa ingin tubuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN), Zahid mengatakan ia adalah keputusan ahli-ahli Parlimen UMNO sedangkan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) tidak dibuat.

“Sekarang bila nak tarik sokongan bincang dalam MT tapi tak bincang dengan semua ahli Parlimen UMNO.

“Sampai sekarang dia tak jumpa ahli Parlimen UMNO. Sepatut semalam (Selasa) jumpa tapi selepas mesyuarat MT dia cancel,” kata Nazri kepaa Astro AWANI.

Tegas Nazri, tindakan kumpulan ahli Parlimen yang menyokong keputusan menarik sokongan terhadap PN jelas melanggar keputusan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020.

Kumpulan pro Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Najib Tun Razak melanggar keputusan PAU 2020 yang memutuskan kekal kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hingga Parlimen dibubarkan dan “No Anwar, No DAP”.

“Kalau tarik sokongan, mereka nak UMNO jadi apa? Pembangkang? Keputusan PAU yang mahu kerjasama dengan Bersatu putus bila Parlimen bubar bermakna ahli-ahli UMNO mahu parti kekal jadi kerajaan. Ini jelas langgar keputusan PAU.

“Kalau tarik sokongan dan nak jadi kerajaan, nak bentuk kerajaan dengan siapa? Dengan PKR dan DAP? Ini pun langgar keputusan PAU yang kata “No Anwar dan No DAP”, kenapa nak langgar?” katanya.

Pada Selasa, Zahid mengumumkan Majlis Tertinggi (MT) UMNO membuat keputusan menarik sokongan terhadap PN.

Zahid juga mengumumkan beberapa ahli parlimen UMNO telah menandatangani surat menarik sokongan terhadap PN dan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button