Nasi ulam kegemaran orang utara, mai cuba!
Nasi ulam adalah makanan yang hampir pupus, tidak ramai anak muda mahu cuba resepi ini, pada zaman dahulu nasi merupakan kegemaran di kalangan penduduk di utara.
Nasi ulam ni memang sedap, aromatik, sihat, dan sangat menyelerakan dengan hidangan sampingan daging atau ikan jika makan bergitu sahaja juga sedap.
Mungkin juga kurang digemari kerana agak renyah untuk mencari daun, namun perkongsian dari Dapur Hamizah ini berkongsi untuk mengenal jenis daun dan resepi.
Ikuti di bawah.
Bahan-bahan :
Ulam-ulaman
Pucuk janggus ( Gajus )
Daun kari
Daun sekentut
Pucuk limau purut
Pucuk cemumar
*Hiris halus (sehalus mungkin)
Bahan blender / Tumbuk
Serai – 2batang
Lengkuas – 2inci
Halia – 2inci
Lada hitam – Segenggam
Cabai melaka/Cili api – 7/8biji (Nak pedas boleh lebihkan)
Kerisik – Goreng sendiri lagi Ummph
Bawang besar – Hiris
Ikan kering ( Gelama masam/Talang/Dll)
Cara-cara :
Masak nasi biasa dulu. Dah sejuk nanti nak gaul sekali bahan.
Cedok nasi, masuk semua ulam-ulam, bahan blender, kerisik, bawang, garam, dan perasa. Goreng/Bakar ikan kering. Perisi masuk dalam nasi. Siap!!
Nota: Lebih bagus ada 40 jenis ulaman lebih sedap.
Artikle Berkaitan :>
Jom cuba resepi roti Garlic and Butter di rumah bersama anak-anak