pilihanPolitik

“Nak pesan kepada cytro, apabila PRU-15 berlaku, DUN Johor tak bubar,” – Marina Ibrahim

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Skudai, Marina Ibrahim menemplak perangai segelintir cybertrooper (cytro) yang gemar masuk menyerang komen ahli politik tidak sealiran dengan fakta membabi-buta.

Memandangkan Top 5 UMNO pun sudah berbincang dan mengesahkan PRU-15 akan diadakan dalam masa terdekat, Marina Ibrahim juga tidak terlepas berdepan dengan masalah yang serupa.

“Bersediakah kita? Aku cuma nak pesan dekat cytro ke sesiapa sekali pun, apabila pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) berlaku, Dun Johor tak bubar. Sebab PRN Johor baru sahaja berlangsung Mac lalu, ujar Marina.

Tambah Marina lagi, tak putus kunjung segala bala tentera cytro dalam page sejak dua menjak ini dengan ayat, “Sekarang baru nampak, kenapa tahun-tahun sebelum tak muncul? Nak PRU baru muncul?”

Tidak mahu berdiam diri seolah-olah tidak menyumbangkan jasa kepada warga Dun Skudai, Marina ada jawapannya yang tersendiri.

“Habis dah menang pun baru berapa bulan. Tahun lalu aku dekat Layang-Layang edar sayur, hantar warga emas vaksin.

“Awok tu pun baru belajar jeling-jeling page kita, kalau iya pun bagi salam ler dulu. Gelojoh benor terus terjah tak bagi salam. Bila menjawab terus dikapirkan kita. Benci tauuu,” balas Marina manja.

Kongsi Marina, kawasan dalam Dun Skudai amat besar dan jumlah pengundi hampir sama seperti parlimen kerana jumlahnya hampir 102,000 orang.

“Ada parlimen pun tak sebesar ni. Tak pusing habis lagi. Masih dalam usaha. Maafkanlah aku ni kalau masih tak mampu buat yang terbaik. Sedang berusaha dan akan terus berusaha,” tulis Marina.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button