Ekonomi

“Nak Pasang Solar Dekat Rumah? Ambillah Tawaran Pembiayaan Affin Bank!” – Gading Kencana

Boleh dikatakan daripada 32.4 juta populasi rakyat Malaysia yang direkodkan pada 2020, masih ramai yang tidak tahu pemasangan Sistem Solar Fotovoltaik (SPV) di rumah adalah sesuatu yang bagus.

Hal ini demikian kerana Malaysia bukan sahaja terletak di atas garisan khatulistiwa malah sentiasa menerima jumlah pancaran matahari yang agak banyak dan seragam sepanjang tahun.

Namun demikian, dek kerana kurangnya pendedahan mengenai pelaburan pemasangan SPV kepada pemilik unit kediaman dan bangunan tertentu, masing-masing terus membayar bil elektrik dengan kadar yang tinggi.

Sehubungan itu bagi menyelesaikan permasalahan rakyat Malaysia yang sepatutnya memasang SPV untuk menikmati penjimatan dalam jangka masa panjang, Affin Bank tampil sebagai penyelamat.

Affin Bank menerusi Affin Bank Bhd. dan Affin Islamic Bank Bhd. melancarkan pembiayaan Solar-i AFFIN.

Pembiayaan Solar-i AFFIN adalah satu pelan pembiayaan peribadi yang lebih mampan bagi membolehkan pelanggan runcit membeli dan memasang SPV di kediaman atau bangunan masing-masing.

Lebih menarik, Ketua Pegawai Eksekutif Affin Islamic Bank, Nazlee Khalifah berkata, hanya Affin Bank dan Affin Islamic sahaja menjadi satu-satunya bank yang menawarkan kemudahan pembiayaan ini.

“Pembiayaan Solar-i AFFIN terbuka kepada pelanggan baharu serta sedia ada dan skim ini menawarkan jalan mudah dan ringkas untuk pemilik rumah dan bangunan menjimatkan bil elektrik bulanan dan jejak karbon.

“Pembiayaan Solar-I AFFIN turut menyediakan pelan pembiyaan fleksibel bagi tempoh sehingga 10 tahun bagi pembiyaan antara RM20,000 hingga RM150,000 dengan pelbagai pilihan mod pembayaran,” katanya dalam sidang akhbar pelancaran pembiayaan Solar-I AFFIN, baru-baru ini.

Pada majlis tersebut, Nazlee bertukar Memorandum Persefahaman (MoU) dengan eksekutif utama dari lapan syarikat panel solar termasuk Gading Kencana Sdn. Bhd., Dynamic EnergyTech Sdn. Bhd. dan Verdant Solar Sdn. Bhd., disaksikan Pengerusi Affin Islamic Bank, Musa Abdul Malek.

Dalam pada itu, Pengarah Urusan Gading Kencana Sdn. Bhd., Datuk Dr Ir Muhammad Guntor Mansor Tobeng berkata, inisiatif yang diperkenalkan Affin Bank amat bertepatan dengan kehendak pengguna.

“Usaha Affin Bank adalah selari dengan harapan kerajaan yang mahu meningkatkan pertumbuhan tenaga boleh baharu di negara ini selaras dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Boleh Baharu (RETR) 2035.

“Gading Kencana percaya SPV bukan sahaja memacu perkembangan ekonomi hijau dan amalan hijau dalam masyarakat malah mendidik masyarakat untuk mendapat keuntungan jangka panjang,” katanya.

Tambah Muhammad Guntor Tobeng, jika ada mana-mana rakyat Malaysia yang berminat untuk mendapatkan info tambahan bagi membeli dan memasang SPV, Gading Kencana Sdn. Bhd. sedia dihubungi bila-bila masa.

“Salah satu saluran komunikasi kami adalah menerusi emel [email protected] dan selain itu, Gading Kencana juga boleh dihubungi menerusi 019-2932301 (Nadirah) serta 012-6681261 (Aiman).

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button