Luar Negara

Nak lawat kubur perlu bayar RM28

SEBUAH tanah perkuburan di Longton, Staffordshire, United Kingdom mencetuskan kontroversi selepas mengumumkan rancangan untuk mengenakan bayaran sebanyak £5 (RM28) bagi setiap sesi menziarah mulai 2025, lapor akhbar Metro UK.

Memetik dari laporan Kosmo, Tanah perkuburan itu, yang telah beroperasi selama 19 tahun, kini membenarkan pelawat masuk secara percuma dari Isnin hingga Jumaat antara pukul 9 pagi hingga 3 petang (waktu tempatan). Bagaimanapun, mulai Januari 2025, mereka yang ingin melawat di luar waktu operasi akan diwajibkan membeli pas VIP.

Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak £5 (RM28) untuk menziarahi kubur atau menghadiri pembakaran mayat, sementara £10 (RM56) akan dikenakan bagi lawatan ke kawasan taman bunga di tanah perkuburan tersebut.

Menurut notis rasmi tanah perkuburan itu, tapak tersebut akan dilengkapi dengan pagar elektrik yang dikawal secara automatik bagi meningkatkan keselamatan kakitangan, keluarga, dan pelawat. “Orang ramai hanya boleh memasuki kawasan ini menggunakan pas VIP,” kata kenyataan itu.

Keputusan itu mendapat tentangan hebat daripada ahli keluarga si mati dan pelawat.

Jode Bourne, salah seorang pelawat, meluahkan rasa kecewa: “Sekarang saya perlu membayar yuran keahlian hanya untuk menziarahi kubur ayah saya. Ini adalah penghinaan!”

Langkah kontroversi ini turut menimbulkan persoalan mengenai keperluan mengenakan caj ke atas mereka yang ingin memberi penghormatan kepada insan tersayang.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button