Hiburan

Nak 1 juta pengikut: Mana harga diri Nam Ron?

PERLUKAH buat perkara seperti ini, rakam foto separuh bogel, hanya semata-mata mahu capai angka 1 juta pengikut atau followers?

Tidak perlu sebenarnya menyahut cabaran dan yang melontarkan cabaran pun sebenarnya tidak cerdik kerana banyak lagi kaedah yang boleh dilakukan jika mahu mencapai sasaran di media sosial.

Apa yang berlaku pada Nam Ron, suka atau tidak, mencemarkan reputasi beliau sebagai seorang aktor lelaki berkarakter dan bersih.

Sekalipun dikatakan pelaku seni, anak seni, aktor, pelakon Nam Ron sebenarnya tidak perlu menyahut cabaran yang dilontarkan dan dijadikan salah satu syarat pihak berkenaan untuk tampil separuh bogel atau tanpa baju.

Berusia lebih separuh abad, Nam Ron sepatutnya lebih menjaga reputasinya sebagai aktor dan pengarah tanpa perlu memenuhi kehendak produksi berkenaan.

Bagaimanapun, tepuk dada tanya seleralah Nam Ron. Kalau sebelum ini dia tewas dalam senarai aktor lelaki komersial dan popular, mungkin dengan cara bergambar separuh bogel, dia bukan sahaja kembali muda tetapi boleh diletakkan sebaris dengan artis lelaki muda kegilaan wanita!

Kita semua faham, aurat seorang lelaki ialah dari pusat ke bawah tetapi dari pusat ke atas tanpa baju, sila touch up banyak-banyak!

Slogan atau tanpa slogan, Nam Ron atau nama sebenarnya, Shahili Abdan tidak perlu menulis secara sinis kalau dia setuju menayang tubuhnya untuk 1 juta pengikut.

“Menyahut cabaran tv station dan sesetengah penerbit yang mahukan sekurang-kurangnya 1 juta pengikut di medsos, Road to 1 million followers,” – itu tulisan Nam Ron pada fotonya tanpa baju. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button