Politik
Trending

Najib punyai kekuatan untuk jadi Perdana Menteri semula

WALAUPUN sudah meletakkan jawatan sebagai bukti Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai kekuatan untuk jadi Perdana Menteri semula.

Hal demikian dilihat melalui sokongan yang dimiliki bekas Perdana Menteri itu apabila mempunyai sokongan kuat di peringkat negeri dan persekutuan.

Kekuatan itu dapat dilihat walaupun beliau tidak menunjukkan minat untuk kembali menjawat jawatan nombor satu itu serta menjadi Presiden UMNO.

Ia dapat dilihat menerusi kemenangan BN dalam pilihan raya kecil (PRK) sebelum ini yang disumbang oleh pengaruh sosok Ahli Parlimen Pekan itu.

Selain itu, gandingan beliau dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyerlahkan lagi kekuatan BN serta Muafakat Nasional (MN).

BACA > Maut terkena renjatan elektrik ketika baiki lampu meja — Suara Merdeka

“Dalam pilihan raya kecil semasa era Pakatan Harapan (PH), Najib aktif berkempen dan menarik orang ramai.

“Ini juga boleh dilihat di Chini, apabila PH tidak lagi berkuasa. Najib ada pengaruh politik yang kuat, bukan sahaja di Pekan atau Pahang, tetapi juga di peringkat persekutuan.

“Langkah Zahid menghimpunkan UMNO dan PAS bersama dalam Muafakat Nasional terbukti antara sebab utama di sebalik kebangkitan BN.”

Demikian analisis pensyarah dan penganalisis politik dari Universiti Teknologi Malaysia, Prof. Madya Dr. Azmi Hassan dipetik laporan portal Free Malaysia Today (FMT) hari ini.

Pada Sabtu lalu, calon BN, Mohd. Shahrim Md. Zain diisytihar menang PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini apabila memperoleh 12,652 undi.

Kemenangan itu bukanlah biasa sebaliknya menyebabkan saingannya daripada calon bebas, Datuk Tengku Zainul Hisham Tengku Hussin dan Mohd. Shukri Mohd. Ramli hilang deposit.

BACA > Lagi rakyat tempatan bersekongkol seludup PATI ditangkap — Suara Merdeka

Chini adalah antara siri kemenangan BN yang berturut-turut dalam PRK sebelum ini seperti di Cameron, Semenyih, Tanjung Piai, Rantau dan Kimanis.

“Pengundi nampak Najib pada BN dan Muafakat Nasional dan ini jadi undi,” kata Prof Dr. Sivamurugan Pandian dari Unviersiti Sains Malaysia.

Tambahnya, peranan Najib yang menggerakkan kekuatannya dalam media sosial dan jenama ‘bossku’ juga signifikan dalam kebangkitan semula BN.

Hal demikian turut diakui penganalisis politik dari Universiti Putra Malaysia, Prof. Madya Dr. Mohd. Izani Mohd. Zain yang mengatakan impak Najib Razak tidak boleh dinafikan.

Namun, menurut beliau, ia tidak bermakna Najib atau Ahmad Zahid yang mesti menjadi perdana menteri walau mengetuai UMNO.

“Parti itu perlu keluar daripada bayang-bayang Najib dan Zahid dan tampilkan seorang pemimpin baharu.

“Yang boleh diterima sebagai alternatif kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin,” ujarnya.

Terdahulu Setiausaha Barisan Nasional, Tan Sri Annuar Musa mengesahkan BN dan MN akan menyokong Muhyiddin sebagai Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

BACA > Usaha Zahid pulihkan UMNO selepas ‘masa depan gelap’ PRU-14 harus disokong – Nur Jazlan — Suara Merdeka

Perkara itu turut disahkan Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button