Najib perbetulkan 10 fakta diviralkan pejuang siber pro-PH
KUALA LUMPUR – Nampaknya perang psikologi dan propaganda antara pejuang siber Pakatan Harapan dan Barisan Nasional memasuki tahap ‘the next level‘.
Sekejap sahaja jika propaganda yang disebarkan oleh pihak lawan itu salah ,diperbetulkan segera oleh pihak satu lagi.
Dalam kes terbaharu, Najib menjawab ‘10 fakta perbezaan yang dilakukan oleh BN dan PH’ yang disebarkan oleh pejuang siber proPH dan dikongsi
“Dari 10 “fakta” diberi dia, 9 1/2 adalah auta,” kata Najib.
Berikut adalah fakta yang diperbetulan Najib:
1. Harga RON95 tak pernah sampai RM2.80 masa BN. Paling tinggi ialah RM2.62 untuk harga RON92 masa Pak Lah.
Selepas saya menjadi Menteri Kewangan dan seterusnya PM pada tahun 2008, kerajaan BN naik taraf RON92 kepada RON95. Harga juga diturunkan ke RM1.80 selama 5 tahun sebelum ianya diapungkan pada tahun 2014.
Harga paling rendah RON95 masa saya PM ialah RM1.60 untuk beberapa bulan dalam tahun 2015 dan 2016.
https://www.theedgemarkets.com/article/ron95-rm160-ron97-rm195-diesel-unchanged-march
Masa BN kalah PRU14, harga RON95 ialah RM2.20.
Harga RM2.20 ini diteruskan oleh PH sehingga bulan Januari 2019 dan terpaksa diturunkan apabila saya dan rakan-rakan BN membuktikan kerajaan PH sedang mengenakan cukai tersembunyi 30 sen setiap liter pada masa itu. Jika saya dan kawan-kawan tak bangkitkan masa itu, Guan Eng akan terus mengutip 30 sen setiap liter secara senyap.
Harga RON95 kini ialah RM2.08 – bukan RM1.93 seperti ditulis Teresa Kok dan akan naik 1-2 sen setiap minggu sehingga RM2.50 bermula bulan Januari 2020.
2. Bantuan Khas pesara kerajaan di bawah BN adalah RM750 seorang, iaitu RM500 dibayar pada Januari 2018 dan RM250 lagi menjelang Aidilfitri. (Bantuan khas penjawat awam ialah RM1,500)
Bukan RM250 seperti ditipu Teresa.
3. PH kata BSH lagi tinggi berbanding BR1M? Adoi!
BR1M tahun 2018 sepatutnya RM2,000 dan tahun 2020 pula sepatutnya RM2,400 . BASAH keluarga sekarang cuma RM1,000.
BR1M bujang masa BN sepatutnya RM600 pada tahun 2018 dan dinaikkan ke RM650 untuk tahun ini dan RM700 tahun 2020 bagi semua yang berumur 21 tahun ke atas..
BASAH bujang PH hanya RM450 seorang dan itupun untuk mereka yang berumur 40 tahun ke atas.
4. Adakah kerajaan BN masa dahulu pernah tidak beri biasiswa?
Macam ini pun PH nak tipu? Peruntukan biasiswa diumumkan pada tahun 2017 sudah RM7.4 bilion – jauh lebih tinggi berbanding angka RM3.8 bilion dari PH yang ditulis Teresa.
5. Siapa kata Terengganu tidak pernah menerima royalti minyak?
Sekurang-kurangnya RM1.6 bilion hingga RM3 bilion setiap tahun.
Cek pertama awal bernilai RM408.6 juta pun diserahkan oleh saya kepada MB Terengganu pada awal tahun 2009.
6. PH nak claim bantuan FELDA mereka lagi tinggi berbanding masa BN?
Peneroka mana yang percaya? Bayaran insentif khas untuk kebajikan warga Felda masa BN kepada 94,956 keluarga peneroka pun sudah RM5,000. Belum masuk lima lagi insentif.
https://www.malaysiakini.com/news/389513
7. Masa saya PM, 7 tol telah dimansuhkan bersama semua tol di Sarawak.
Harga tol naik sekali sahaja pada tempoh 9 tahun saya PM dan itupun untuk tol swasta – bukan dua kali dalam tempoh 5 tahun seperti ditipu Teresa.
Tol PLUS tidak pernah naik sekalipun apabila kita beli balik PLUS dari tangan swasta. Kini PH sedang jual balik PLUS kepada swasta. PH dah tunaikan janji mansuhkan semua tol?
Diskaun caj kesesakan yang diumum PH bulan Februari lalu masa PRK Semenyih pun belum jalan.
8. Ya, kita mengaku mansuhkan elaun RM430 sebulan (RM5,150 setahun) dan elaun perjalanan sehingga RM500 setahun. Kita gantikan dengan membenarkan pelatih meminjam lebih banyak dari PTPTN mengikut keperluan mereka.
Namun, kerajaan BN masih menanggung kos penuh bagi empat tahun pengajian PISMP sebanyak RM27,831 seorang serta elaun dan yuran kursus di Institut Pendidikan Guru setahun bagi program pra-PISMP sebanyak RM8,163
9. Bekas pegawai isteri saya telah didakwa menggunakan nama isteri saya untuk meminta RM5 juta dari pengusaha prohek.
Kesuluruhan projek solar Sarawak adalah bernilai RM1.25 bilion untuk tempoh 5 tahun termasuk kos membekalkan diesel dan kos penyelenggaraan jenset sedia ada. Dari mana datangnya RM4 bilion disonglap seperti didakwa Teresa Kok?
Lagipun dari jumlah RM1.25 bilion ini, hanya RM130 juta telah dibayar dan itupun adalah untuk kos diesel dan jenset yang merupakan kos yang sudah lama dibayar setiap tahun. Satu sen untuk solar pun belum dibayar kerana syarikat itu belum mula memasang panel solar.
Ini penjelasan penuh saya: https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10156301564415952
Kes sekolah daif Sarawak lagi memalukan bagi PH. Saya peruntukan RM1 bilion dalam bajet 2018 untuk perbaiki sekolah daif di Sarawan (RM1 bilion juga untuk sekolah daif Sabah dan RM500 juta untuk peninsular Malaysia). PH masuk sahaja, mereka batalkan RM1 bilion ini untuk Sarawak.
Lalu, Sarawak disuruh untuk bayar balik hutang yang belum sampai tempoh kepada kerajaan pusat sebelum mereka meluluskan peruntukan RM1 bilion yang mereka batal dahulu.
Kalau Sarawak tak bayar, maka tiada peruntukan untuk sekolah daif Sarawak. Sarawak pun membayar RM350 juta untuk fasa pertama tetapi kerja lambat bermula.
Selepas kerja bermula, Maszlee kata peruntukan RM350 juta ini adalah “hadiah” PH kepada Rakyat Sarawak.
https://www.facebook.com/najibrazak/photos/a294787430951/10156480982840952/
10. Saya pernah banyak kali jelaskan penipuan PH mengenai kos-kos projek BN yang mereka tiba-tiba naikkan kos dan selepas itu mereka turunkan untuk mendakwa mereka berjimat walaun ianya sebenarnya adalah downgrade spesifikasi projek dan bukan penurunan kos.
https://www.facebook.com/najibrazak/photos/a.294787430951/10156115888210952/
Tapi saya nak beritahu bahawa projek MRT3 telah dibatalkan oleh PH.
Lagipun, mana mungkin kos projek MRT3 adalah separuh dari kos MRT2 sedangkan 32km dari landasan MRT3 adalah terowong bawah tanah berbanding RM13.5km untuk MRT2?
(Tanyalah boss kamu Guan Eng jika kos gali terowong adalah murah atau mahal!) Adakah Teresa Kok boleh jamin bahawa kos projek MRT3 cuma RM15 bilion? Jika begitu murah berbanding MRT2, kerajaan BN patut teruskan projek MRT3.
Tulisan diambil daripada Facebook Najib Razak – SM