Jenayah

Najib didakwa curi lembu

Polis menahan seorang penjawat awam dan lelaki warga Indonesia ekoran aduan dibuat bahawa lelaki dikenali sebagai Najib mencuri lembu.

Mereka dipercayai terlibat dalam kejadian mencuri dua ekor lembu di kawasan Kesang Pajak di Jasin, Melaka semalam, lapor Utusan Malaysia.

Kedua-dua suspek masing-masing berusia 53 dan 42 tahun itu diberkas sepasukan polis dalam dua serbuan di Kelubi, kira-kira pukul 4 petang.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Mispani Hamdan berkata, tangkapan dibuat susulan laporan polis oleh dua pemilik lembu berkenaan, kelmarin.

Katanya, kejadian kecurian itu berlaku berasingan yang mana pengadu pertama berusia 39 tahun menyedari seekor lembu miliknya jenis kacukan hilang kira-kira pukul 5 petang, di Kampung Kemangkang, 29 Mei lalu.

“Pengadu kemudian mengesan lembu miliknya di kandang milik seorang lelaki dipanggil Najib, namun penternak itu mendakwa, dia telah membeli haiwan terbabit melalui kedua-dua suspek tersebut.

“Kejadian sama berlaku kepada pengadu kedua yang kehilangan seekor lembu jantan di Kampung Kesang Pajak pada 16 April dan haiwan ternakan itu turut ditemukan berada di kandang sama milik Najib,” katanya pada sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin, di sini hari ini.

Tambahnya, hasil siasatan awal mendapatil, kedua-dua haiwan ternakan itu didakwa dijual kepada peraih tersebut pada harga RM1,400 dan RM2,700 setiap seekor.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button