Nasional

My30: RM1 sehari Prasarana tawarkan semua perkhidmatan kepada orang awam

BAYANGKAN harga sekeping roti canai atau RM1, warga kota boleh menggunakan semua perkhidmatan pengangkutan awam kendalian Prasarana Malaysia Bhd., (Prasarana) tanpa had untuk sehari.

Demikian penerangan mudah oleh Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Prasarana (Operasi), Muhammad Nizam Alias mengenai inisiatif terbaharu kad perjalanan tanpa had My30 yang menawarkan perjalanan tanpa had RM30 untuk tempoh 30 hari yang bakal bermula Isnin depan.

Gambar Rekaan Terbaru Tren RapidKL Bermula Tahun Hadapan - Oh! Media

Muhammad Nizam berkata, pakej My30 yang menggantikan sementara pas perjalanan tanpa had My100 dan My50 adalah sebahagian daripada inisiatif kerajaan dalam menjana semula ekonomi negara setelah terkesan ekoran penularan wabak COVID-19.

“Serendah RM1, anda boleh menggunakan perkhidmatan MRT, LRT, monorail, BRT dan semua bas henti-henti Rapid KL di samping bas perantara ulang-alik tanpa had dalam masa satu hari dengan menggunakan My30.

“Sememangnya ini satu penjimatan yang cukup hebat untuk semua rakyat Malaysia di Lembah Klang,” katanya ketika ditemubual dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) pagi tadi.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini mengumumkan inisiatif My30 yang menyediakan kemudahan perjalanan tanpa had menggunakan semua perkhidmatan kendalian Kumpulan Prasarana dengan hanya RM30 untuk tempoh 30 hari.

Menurut kenyataan Prasarana, pakej My30 boleh digunakan untuk tempoh enam bulan daripada 15 Jun sehingga akhir Disember; sekali gus menggantikan sementara pakej My100, yang dijual dengan harga RM100 untuk perjalanan tanpa had selama 30 hari.

Pengguna boleh mula mendaftar untuk pakej baru My30 mulai 15 Jun di semua 122 buah stesen LRT, MRT, Monorel, BRT dan 5 hab bas di Pasar Seni, Seksyen 2, Shah Alam, Greenwood, Terminal Kajang dan Sri Nilam dengan menggunakan MyKad dan MyTentera masing-masing.

“Pihak pengurusan Kumpulan Prasarana sentiasa mendukung aspirasi kerajaan dalam membantu meringankan beban rakyat.

“Dalam mengharungi situasi yang mencabar pada ketika ini, kami berharap agar pengguna dapat memanfaatkan produk My30 sebaiknya dan terus menggunakan rangkaian perkhidmatan Rapid KL.

“Sejurus selepas berakhir promosi untuk My30 ini, pakej-pakej My100 dan My50 akan dijual semula mulai 1 Januari 2021,” kata Muhammad Nizam. – SUMBER ASTRO AWANI-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button