fbpx
Hiburan

Rossa alih lagu ke bahasa Korea sebab K-Drama

PENANGAN drama bersiri Korea Selatan “The World Of Married” bukan sahaja jadi fenomena bagi wanita-wanita tempatan tetapi turut merebak hingga ke Indonesia.

Malah penyanyi Datuk Rossa turut merakamkan lagunya Hati Yang Kau Sakiti ke dalam bahasa Korea.

Menurut Rossa, rakaman vokal itu dibuat ketika dia senang menunggu episod ke 15 dan 16 drama tersebut.

“Saya telah meminta rakan saya di Korea Selatan untuk melakukan terjemahan lirik bahasa Indonesia ke bahasanya.


“Kemudian, saya telah merakamkan nyanyian itu. Ini kali pertama saya menyanyi dalam bahasa Korea dan minta maaf kalau ada salah,” katanya di akaun Instagramnya.

Rakaman yang dimuat naik ke saluran YouTube Rossa Official itu telah mencatat jumlah tontonan sebanyak 1.1 juta setakat ini dalam masa dua minggu.

Malah, rata-rata peminat menyatakan lagu dan lirik Rossa itu sangat sesuai untuk dijadikan bunyi runut bagi drama tersebut.

Sebutan Rossa juga mendapat pujian mereka yang fasih berbahasa Korea. – SM

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button