Acara

Muslim travel fair elak penipuan pakej Umrah

PERSATUAN Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (PAPUH) sering menerima rungutan dari ramai jemaah yang tertipu dengan pekej umrah yang ditawakan melalu iklan di atas talian akhinya duit lebur impian menunaikan umrah tidak kesampaian

Oleh itu PAPUH mengambil inisiatif dengan menganjurkan Umrah dan Muslim Travel Fair di Hotal Grand Barakah, Ampang pada 25 hingga 27 Oktober 2024.

Menurut Naib Presidennya, Muhammad Mursyid Abdu Hassan, acara ini memberi pendedahan kepada bakal jemaah untuk mengelakkan risiki penipuan sekali gus bakal menjadi platform buat agensi pelancongan.

Selepas 10 Tahun bernaung di bawah jenama Mursyid Alharmain, Tuan Haji Muhammad Mursyid sekali lagi berjaya menempah tempat untuk beliau kerana telah berjaya dilantik sebagai Naib Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah & Haji (PAPUH).

Ini merupakan medium baharu untuk travel fair di Malaysia. PAPUH sebelum ini telah menerima banyak rungutan daripada ahli memandangkan ramai jemaah yang tertipu dengan pakej-pakej murah yang banyak diiklankan di laman media sosial. Mereka tertipu disebabkan terpengaruh dengan pakej yang ditawarkan dengan harga murah dan akhirnya tidak dapat terbang. Setelah diselidik baru mereka tersedar yang mereka membeli pakej daripada agensi yang tidak berlesen.

 

“Atas permintaan ahli PAPUH sendiri, PAPUH bersetuju untuk menganjurkan Umrah & Muslim Travel Fair by PAPUH yang hanya membenarkan agensi-agensi yang mempunyai lesen penuh (seperti Inbound, Outbound, Ticketing dan Umrah) untuk mengambil bahagian. Sebanyak 60 syarikat akan mengambil bahagian dalam acara pada kali ini,” katanya yang turut menjalin bekerjasama dengan syarikat penerbangan Saudia (Saudia Airlines) bagi menjayakan lagi acara ini.

Dalam pada itu, jelas Mursyid, program ini turut menawarkan pelbagai hadiah istimewa buat pengunjung sepanjang tiga hari berlangsung.

 

“Kami ingin mengajak semua rakyat Malaysia yang ingin melancong untuk datang ke Umrah & Muslim Travel Fair by PAPUH ini untuk mendapatkan pakej-pakej umrah, pelancongan mesra muslim ke serata dunia, pas-pas masuk ke taman tema, tiket penerbangan serta tidak ketinggalan pakej-pakej percutian dalam negara dengan harga yang sangat menakjubkan.

 

“PAPUH juga menyediakan hadiah cabutan bertuah kepada pelanggan yang membuat tempahan semasa acara ini. Hadiah utamanya adalah baucar umrah atau pelancongan bernilai RM2000, 25 baucar umrah atau pelancongan bernilai RM500 dan 20 set Ihram,” tambahnya lagi.

 

Antara agensi dan syarikat yang akan terlibat sebagai pempamer dalam Umrah & Muslim Travel Fair by PAPUH ialah Barakah Umhaj Travel & Tours Sdn Bhd, Mursyid Alharamain Travel & Tours Sdn Bhd, Kurma Getaways Travel Management Sdn Bhd dan Rms Travel & Tours Sdn Bhd.

Artikle Berkaitan :>

Muslim Travel Fair tawarkan pakej umrah murah

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button