PRK

Musa aman dakwa ada sokongan untuk tumbangkan Shafie

BEKAS Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman mendakwa mempunyai sokongan majoriti daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi membentuk kerajaan.

Pada sidang akhbar di kediamannya di Luyang, Kota Kinabalu petang tadi, Musa berkata telah dapat membentuk gabungan baharu bagi menggantikan kerajaan yang diketuai Warisan.

Malah beliau juga mendakwa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Nordin telah membuat kunjungan hormat ke atas Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.

Mematik laporan Daily Express, Musa juga berkata, beliau yang mengadap Yang Dipertua Negeri tengah malam ini bagi mengemukakan surat-surat akuan bersumpah yang mengesahkan sokongan itu.

“Saya telah menerima surat akuan bersumpah ADUN yang mengesahkan pendirian mereka menyokong gabungan baharu yang saya ketuai,” katanya.

Menurut Musa, gabungan yang bakal membentuk kerajaan baharu itu akan memperbaiki dan menghasilkan dasar yang lebih baik untuk membawa Sabah keluar dari keadaan ekonomi yang getir pada saat ini akibat kelemahan Kerajaan Parti Warisan termasuk dalam mengatasi penularan wabak Covid19.

“Bersama dengan bantuan kerajaan Persekutuan, saya percaya kita bersama-sama dapat mengatasi cabaran yang berlaku, melonjakkan ekonomi, mewujudkan peluang2 pekerjaan dan meningkatkan kehidupan masyarakat.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang secara konsisten mempercayai dan menyokong saya.

“Saya tidak mengharapkan apa-apa kecuali komitmen dan dedikasi sepenuhnya dari semua wakil rakyat untuk kepentingan dan kesejahteraan rakyat,” katanya.

Musa memerlukan sokongan sekurang-kurangnya 33 ADUN jika mahu membentuk kerajaan.’

Sabah mempunyai 65 ADUN termasuk lima yang dilantik.

Setakat semalam, Warisan yang disokong UPKO, DAP dan PKR, mempunyai 43 kerusi dalam dewan.

Sebelum ini Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin membayangkan gabungan baharu di Sabah dikenali sebagai BN Sabah Plus.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button