Politik

Musa Aman, 32 ADUN saman TYT Sabah

Tan Sri Musa Aman mengetuai 32 Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah mengemukakan saman ke atas Yang Dipertua Negeri Juhar Mahiruddin berikutan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah  30 Julai lalu.

Menurut The Star Online permohonan tersebut difailkan firma FT Ahmad and Co pada 3 Ogos dan dijangka akan didengar di depan Pesuruhjaya Kehakiman Leonard Chin esok.

Musa mahu mendapatkan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu bagi mencabar keputusan Juhar membubarkan DUN Sabah.

Dalam permohonan tersebut Musa dan 32 Adun lain meminta agar mahkamah memberikan injunksi terhadap pembubaran DUN Sabah serta mempersoalkan permintaan bertulis Mohd Shafie kepada Juhar bagi pembubaran berkenaan yang dibuat pada 29 Julai lalu.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button