BeritaNasional

Mujahid dikritik, rakyat tidak mahu subahat isu Sajat

KENYATAAN terbaharu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof yang menyifatkan kontroversi membabitkan pengusaha kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman sebagai isu kecil dikritik netizen.

Rata-rata mereka kesal dengan perkembangan tersebut kerana berpendapat apa yang dilakukan oleh Muhammad Sajjad atau lebih dikenali sebagai Sajat, 35, adalah perbuatan melampau.

Perkara itu turut dibangkitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi hantaran dalam akaun Facebook beliau.

“Tak faham dengan menteri segala agama ini. Drama je lebih,” kata Ahli Parlimen Pekan tersebut merujuk kepada kesimpulan Mujahid terhadap isu Sajat yang kini telah pulang ke tanah air selepas mengerjakan umrah di Tanah Suci.

Pelbagai pihak termasuk mufti sebelum ini menyelar tindakan Sajat yang mengakui mengerjakan ibadah umrah dengan memakai telekung iaitu haram dilakukan jemaah lelaki.

Mujahid yang turut kesal dengan tindakan tersebut, antara lain mengatakan akan meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia mengambil tindakan tegas iaitu menyekat kemunculannya dalam media sosial.

Malangnya nada tegas itu berubah setelah kepulangan Sajat, sekali gus mengundang perasaan tidak puas hati dalam kalangan netizen.

Salah seorang mereka, Shamsiah Mohd. Zain berkata: “Kes Sajat dipandang kecil oleh menteri agama..tapi kemurkaan yang besar kepada Allah…yang mana menteri agama dahulukan…kemurkaan Allah atau kes kecil..
apa-apapun rakyat tidak (mahu) subahat dengan kenyataan menteri agama….tidak sokong dan tidak mahu terpalit dengan dosa-dosa ni..”

Judah Zulkiffli pula berkata: “Menteri yang berubah-ubah mengikut kepentingan. Semoga agama/umat Islam sentiasa dalam naungan dan rahmat Allah. Semoga Melayu yang belum sedar akan diberi taufik hidayah oleh Allah. Amin.”

Seorang lagi yang mengkritik Mujahid, Sharifah Robiah menulis: “Istilah u-Turn pun dah tak sesuai untuk Pakatan Harapan ini. ‘Roundabout’ lebih tepat untuk menggambarkan cakap yang sentiasa berubah dan berpusing-pusing.”

Dalam pada itu, Md. Anas Mar menyimpulkan: Menteri yang tunggang agama untuk kepentingan sendiri dan sesetengah pihak..lebih risau kedudukan sendiri dari hukum Allah.”

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button