Politik

Mujahid dakwa PN adalah zaman kegelapan Malaysia

NAIB Presiden Amanah Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa mendakwa kemunculan Perikatan Nasional (PN) adalah zaman kegelapan untuk Malaysia

Menurutnya, zaman gelap adalah suasana manusia tidak mengenali ketamadunan dan peradaban. Antara sisi zaman kegelapan ialah suasana secara sistemik dan norma yang terancang sebegitu rupa menindas golongan marhaein.

Zaman itu memperlihatkan kekuasaan dan kekuatan golongan feudal atau bangsawan yang hari dikenali sebagai golongan elit penguasa.

“Demikianlah politik negara dengan kemunculan Perikatan Nasional (PN), ia adalah zaman kegelapan untuk Malaysia.

“Pencerahan seketika 22 bulan di pesada kuasa diugut, difitnah malah diancam teori konspirasi kaum dan agama yang para marhaein termakan. Namun setelah berkuasa Kegelapan kembali menindas rakyat sebagai norma agenda mereka,” kata Mujahid.

Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu mendakwa, hari ini golongan elit PN terlepas dari semua penguatkuasaan undang-undang walaupun si marhaein diburu dan dipenjara kerana tidak menghormati undang-undang

“Siapa yang terlepas kuarantin 14 hari tanpa dikenakan penguatkuasaan sedangkan yang dibawah diburu dan dikenakan denda, Siapa yang hanya bayar denda RM250 kerana kesalahan vaping dalam dewan sedangkan si marhaein terpaksa membayar RM1000?

“Siapa yang masih bebas walaupun terbukti bersalah atas 7 tuduhan ke atasnya, walaupun si marhaein akan merengkok menanti rayuan. Siapa yang terus menabur fitnah walaupun wang negara terus diguna membiyai elit kabinet yang besar yang tidak produktif sedangkan rakyat menderita? Selamat datang Kegelapan!” kata Mujahid.

Dalam satu kenyataan, Mujahid berkata, ada hikmahnya ‘pencerahan’ selama 22 bulan dirampas supaya rakyat melihat bagaimana Kegelapan hanyalah satu peluang untuk kelompok elit memelihara kepentingan diri masing-masing walaupun mereka terpaksa beretorik kaum dan agama untuk menipu rakyat marhaein.

“Justeru, kita harus berjanji pada diri kita dan kepada anak-anak kita untuk menolak Kegelapan yang merampas kehidupan rakyat Malaysia.

“Berjanjilah pada saya bahawa anda akan bersama Pencerahan dan menolak Kegelapan,” kata Mujahid.

Konsep zaman kegelapan atau dark age seringkali dikaitkan dengan era kemunduran Eropah yang berlangsung dari lebih kurang pada tahun 476 Masihi hingga tahun 1000 Masihi.

Eropah pada masa itu telah dilanda nasib yang malang dari segala aspek iaitu perpecahan politik, kemerosostan ekonomi dan kongkongan pemimpin agama Kristian secara belebihan terhadap masyarakat.

Pada masa yang sama juga masyarakat Eropah juga telah diserang oleh orang gasar dan dilanda pelbagai penyakit.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button