Politik

Muda cadang adakan ‘recall election’ dalam kemelut sekarang

PARTI Muda (Muda) seperti tidak memahami kemelut tiga dalam satu yang dihadapi negara sekarang yang akan dipengaruhi pandemik Koronavirus (Covid-19).

Muda dilihat mencadangkan ‘recall election’ iaitu pilihan raya semula bagi kawasan yang penyandangnya lompat parti selepas menerima permohonan daripada pengundi setempat.

Langkah tersebut tidak sesuai untuk diadakan sekarang susulan penularan wabak Covid-19 sudahpun memasuki gelombang ketiga dan keadaannya lebih teruk berbanding pada awal tahun.

Malah muda juga dilihat memberi cadangan pembaharuan dengan melarang pelantikan dalam kalangan Ahli Parlimen di syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta bentuk Jabatan Pendakwaan yang bebas.

“Melaksanakan sistem ‘recall election’ untuk mencegah budaya lompat parti. ‘Recall election’ memberdayakan pengundi setempat untuk menggerakkan satu permohonan pilihan raya kecil sekiranya wakil mereka berpaling ke sebuah parti lain.

“Sebelum ‘recall election’ boleh dipanggil, sejumlah peratusan pengundi harus bersetuju terhadap permohonan tersebut.

“Wakil yang telah berpaling dibenarkan untuk bertanding semula tetapi calon/parti politik lain boleh turut serta untuk memberi peluang kepada pengundi memilih semula siapa wakil rakyat mereka.

“Sistem sebegini tegas merintangi seorang wakil daripada berpaling. ‘Recal election’ dilaksanakan di United Kingdom, Jerman, New Zealand dan Taiwan.”

Demikian kata Muda dalam kenyataannya yang dimuatnaik menerusi akaun Twitternya hari ini.

Muda juga membuat dakwaan demikian susulan kemelut politik yang berlaku sekarang dan mahu situasi sebegini tidak berlaku pada masa hadapan.

Walau bagaimanapun, cadangan tersebut tidak mungkin dapat dilaksanakan susulan kemelut yang berlaku ini juga barangkali menjejaskan proses kelulusan Belanjawan 2021.

Oleh demikian, Muda wajar mengenengahkan cadangan atau pendiriannya terhadap kemelut perebutan yang berlaku sekarang memandangkan seorang pemimpinnya merupakan Ahli Parlimen.

Sebaliknya, parti baharu itu berterusan menyalahkan ‘Langkah Sheraton’ yang berlaku pada Februari lalu dipercayainya menyebabkan berlaku ketidakstabilan seperti sekarang.

“Muda khuatir dengan krisis politik yang kini melanda Malaysia, semenjak langkah Sheraton pada Februari 2020, dan berhujungnya dalam ketidakstabilan dan kegawatan yang sedang dialami pada hari ini,” katanya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button