Politik

Muda bukan hanya pada usia parti, BN lebih paham aspirasi belia

JOHOR BAHRU: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan pengundi muda bahawa parti dalam gabungan itu adalah malar hijau dan tidak pernah gagal memahami aspirasi golongan muda.

Dalam catatan Facebook hari ini, beliau berkata BN kekal relevan sejak 1973 dan penting bagi pengundi muda pada pilihan raya negeri Johor 12 Mac untuk mengetahui perkara itu.

“‘Muda’ bukan tentang usia parti. Kita perlu ada dasar dan agenda yang memberi manfaat kepada golongan muda dan tua,” katanya.

Presiden Umno itu berkata BN adalah sebuah gabungan yang kuat, konsisten dan mampan berbanding yang lain, dan ia tidak meninggalkan matlamat di sebalik penubuhannya, iaitu untuk berkhidmat kepada rakyat.

Zahid, yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk, berkata pengundi muda harus sedar perkara ini supaya mereka tidak terkeliru dengan penggunaan istilah “muda” dalam politik.

Beliau berkata BN terdiri daripada pemimpin lama dan baharu yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang luas.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 12 Mac sebagai hari pengundian bagi pilihan raya Johor, dengan hari penamaan calon pada 26 Feb dan pengundian awal pada 8 Mac.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button