Politik

Muafakat Nasional Suatu Gerakan Massa Baru Untuk Masa Hadapan – Zahid

PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Muafakat Nasional adalah suatu tujuan yang menyandarkan harapan rakyat kerana manifesto Pakatan Harapan (PH) yang tidak dapat dilaksanakan.

Katanya, di dalam interpretasi Muafakat Nasional ini jelas bahawa rakyat ingin menuntut apa yang dijanjikan dan juga bantahan atas keresahan yang memuncak selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Jelas beliau, Muafakat Nasional lahir dari hasrat bersama dengan penyatuan dua suara iaitu UMNO dan PAS serta diiringi dengan kepelbagaian kesedaran.

“Ianya merupakan satu gerak politik iaitu ‘political movement’ dan juga dilihat sebagai gerakan ‘massa’ yang baru.

“Gambaran yang diberikan kepada kita seolah-olah kita ini ekstrem, terlalu memikirkan dan ‘concentrate’ masalah etnik. Ini semua tidak benar kerana kita adalah ‘politic of the moderate’ yang digarap, disusun dan diadun dari fundemental yang menggabungkan kesederhanaan sikap semua kaum dan agama,” katanya semasa Ceramah Perdana Muafakat Nasional Peringkat Negeri Perak, malam tadi.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Bagan Datuk turut disertai Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Pengarah Muafakat Nasional, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman; Pengerusi UMNO Negeri Perak, Datuk Saarani Mohamad; Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria dan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man.

Dalam pada itu, Zahid menambah penyatuan Muafakat Nasional bukannya satu penyatuan ‘tangkap muat’ sebagai komplot politik atau mahu menggarap kuasa.

“Rakyat mahukan UMNO dan PAS meneruskan perjuangan menabur nasib rakyat yang mahu pembelaan dari Muafakat Nasional… insya-Allah.

“Muafakat Nasional bukan saja memperjuangkan soal-soal bahawa liberalism dan sebagainya. Sebenarnya kita sedang berjalan untuk memacu Muafakat Nasional ini lebih jauh.

“Kita lihat sokongan rakyat semakin bertambah, biarpun kita tahu orang Sabah dan Sarawak berbeza tetapi acuan politik di Sabah dan Sarawak serta kerangkuman parti politik di Semenanjung maka Sabah dan Sarawak harus diperkirakan mengikut lanskap politik yang berbeza.”

Katanya, pengundi-pengundi bukan Melayu sudah mula kembali kepada UMNO dan PAS, sebagai contoh PRK Tanjung Piai dan Cameron Highlands.

“Peratus sokongan dan kenaikan pengundi bukan Melayu kepada calon BN dan turut didokong oleh Muafakat Nasional terutamanya PAS jelas memperlihatkan bahawa orang-orang bukan Melayu pun memberi kepercayaan yang tinggi kepada calon-calon Muafakat Nasional dan ini adalah kejayaan yang telah terbukti.

“Muafakat Nasional bukan saja memperjuangkan soal-soal untuk berkuasa tetapi memacu kepada masa hadapan yang lebih jauh.” tegasnya lagi. – UMNO ONLINE

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button