Sukan

MTBC tunggu SOP latihan dari KBS

KONGRES Tenpin Boling Malaysia (MTBC) sedang menunggu ‘lampu hijau’ daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk memulakan latihan pasukan kebangsaan.

Atlet boling kebangsaan juga masih menunggu panduan terperinci dan prosedur operasi standard (SOP) daripada KBS sebelum meneruskan latihan di Sunway Mega Lanes, Bandar Sunway.

Setiausaha Agung MTBC, Maradona Chok berkata, mereka menghargai usaha KBS dan Majlis Sukan Negara (MSN) untuk membawa kembali sukan ke landasan yang betul.

“Keutamaan akan tetap diberikan terhadap keselamatan atlet dan jurulatih kami.

“Sebilangan atlet kami berada di kampung halaman masing-masing, tetapi pasti mereka tidak sabar untuk memasuki gelanggang,” katanya seperti dilaporkan Bernama.

Menurut, Maradona belum ada keputusan yang dibuat mengenai penganjuran Kejohanan Terbuka Malaysia ke-41 yang dijadual berlangsung pada 22 hingga 28 November selepas ditunda dari jadual asal bulan Mac lepas.

Walaupun kerajaan membenarkan latihan beberapa sukan diadakan, tidak ada pertandingan yang dibenarkan sepanjang tempoh PKPP. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More
Back to top button