Belang BertempatMerrepak

Mr. A Bukanlah Bukanlah ‘Babi’, Adakah Parti U Sudi Terima Mr. A Demi Mr. Z Disanjung?

Dalam sebuah kota kecil di Pulau Merengipu, terdapat zombi-zombi yang berbunuhan sesama mereka untuk memanjat sebatang pokok berduri di tengah-tengah kota kecil itu.

Dikatakan mana-mana zombi yang berjaya memanjat pokok berduri tersebut, mereka mampu bertukar menjadi manusia paling kaya di dunia bernama ‘Golingo’.

Di Golingo pula ada satu takhta, yang menjadi rebutan manusia paling kaya meskipun zaman sering berganti dengan zaman yang semakin mencabar akal fikiran.

Bagi sesetengah manusia paling kaya, jika tidak dapat duduk di takhta itu sekali pun tidak mengapa, asal dapat kuasai sesiapa yang duduk di situ sebagai boneka.

Berbalik semula kepada kisah zombi di Pulau Merengipu, kelompok mereka disifatkan sebagai zombi yang ada teknologi dan peradaban tersendiri.

Paling menarik, zombi ini juga memiliki parti komuniti, tempat berhimpun seluruh warga sama seperti parti manusia paling kaya di Golingo.

Mengikut sejarah, pernah seekor zombi di Pulau Merengipu itu berjaya memanjat pokok berduri, bertukar menjadi manusia paling kaya dan namanya adalah Mr. A.

Mr. A dimusuhi oleh zombi yang lain atas kemampuannya untuk menongkah arus dan mencapai cita-cita berbeza dengan zombi-zombi lain.

Dalam kelompok zombi itu, ketua mereka adalah Mr. Z dan Mr. Z pernah berguru dengan Mr. A bagaimana mahu hidup mengejar cita-cita.

Disebabkan Mr. A dimusuhi zombi-zombi yang lain meskipun Mr. A datang dari teras yang sama, ia menyukarkan hasrat Mr. Z untuk jadi berjaya.

Mana tidaknya, Mr. Z harus memilih sama ada mengikuti jejak Mr. A untuk jadi berjaya atau patuhi suara zombi-zombi, yang ada antara mereka mula hilang rasa percaya.

Dalam kalangan zombi yang hilang rasa percaya itu ada berteriak, “Mr. A bukanlah ‘babi’. Boleh sahaja Parti U kita sentuh, belai dan nikmati.

“Apa salahnya sebab Mr. A pun datang dari teras yang sama, bukannya dari Parti D yang haram Parti U bersemuka!” laungnya dengan berani.

Tidak lama kemudian, zombi yang melaungkan kata-kata tersebut diludah, dibunuh, dihina, dicaci maki meskipun jasadnya sudah bercerai berai.

Begitulah dahsyatnya tingkah laku zombi dari Parti U yang bencikan Mr. A sehingga Mr. Z pun hanya mampu menelan air liur yang rasa manis-manis masam?

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button