Politik

MP PH takut Covid, keluar dewan masa undi belah bahagi

AHLI Parlimen pembangkang bertindak keluar beramai-ramai ketika undi belah bahagi terhadap Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Wilayah Persekutuan sedang berlangsung di Dewan Rakyat hari ini.

Tindakan itu dibuat kerana mereka khuatir dijangkiti Covid-19 selepas Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun membenarkan tiga ahli Parlimen yang sedang menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO) untuk turut melakukan pengundian.

Dua ahli Parlimen terbabit dari pihak kerajaan iaitu Ahli Parlimen Tenggara (BN) Datuk Seri Dr. Adham Baba, dan Ahli Parlimen Tapah (BN) Datuk Seri M Saravanan dan seorang dari pihak pembangkang iaitu P. Prabakaran (PKR-Batu). Mereka memakai peralatan perlindungan diri (PPE) dan dibenarkan membuat undian dari galari awam.

Bagaimanapun ahli Pembangkang yang membantah kebenaran tersebut kerana mereka khuatir dijangkiti Covid-19 telah bertindak keluar dari Dewan Rakyat walaupun undi belah bahagi berkenaan diminta oleh pihak mereka.

“Ini keselamatan kita. Ini soal keselamatan” , “Shame on you” dan “Jangan gadaikan keselamatan ahli-ahli Parlimen” antara yang diungkap ahli Parlimen pembangkang sebelum keluar beramai-ramai dari Dewan Rakyat.

Sementara itu kedengaran beberapa ungkapan dari pihak kerajaan termasuk “takut, takut, takut” ;
“sendiri minta sendiri belah”, “yang minta belah undi, sendiri keluar”; “itu bukan belah bahagi itu belah”, dan
“belah lagi cepat undi”.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun sebelum itu memberi alasan bahawa ketiga-tiga hari Parlimen tersebut hadir untuk membuat buat undian.

Speakar: “Pada hari Khamis lalu, dengarlah saya nak cakap.”

Ahli Parlimen Pembangkang: Ini tidak adillah.

Speaker: Duduk. Kamu tanya saya nak jawab ini. Pada hari Khamis lalu terdapat seorang MP dari sebelah sini yang tidak mematuhi perintah kuarantin dan datang mengundi. Saya tidak mahu perkara itu berlaku. Lebih baik saya regulate pengundian ini.

Ahli Parlimen Pembangkang: (Merungut, buat bising).

Speaker: Kita nak mengundi ni. Kamu takut pengundian ke?

Selepas bantahan tidak didengar ahli Parlimen pembangkang keluar dari dewan semasa proses pengundin berlangsung.

Azhar kemudian mengumumkan keputusan undian iaitu 110 setuju; tujuh orang ahli Parlimen tidak bersetuju, 31 ahli Parlimen tidak mengundi dan 32 orang ahli Parlimen tidak hadir.

Pengulungan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatankuasa dilakukan oleh Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa.

Kementerian tersebut menerima peruntukan sebanyak RM956.7 juta dalam Belanjawan 2021.-SM

 

 

 

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button