Hiburan

Cliff Umar (Boy)-Baru menang dah poyo!

DEBARAN  tujuh peserta pertandingan program realiti bermusim anjuran stesyen televisyen swasta berakhir malam tadi dengan keputusan yang memberikan Juara kepada Cliff Umar atau nama panggilannya, Boy, yang pernah menjadi vokalis kumpulan Projek Pistol.

Cliff juga pelantun lagu berjudul Wanita Seluruh Dunia yang diletakkan di bawah label Neo Gendang milik guitaris yang juga komposer, Edrie Hashim.

Akan tetapi, nama Cliff Umar atau Boy sebelum dia menyertai pertandingan malam tadi, bukanlah nak kata apa… Ke tepi tidak, ke tengah pun tidak. Kehadirannya dalam industri seni suara di Malaysia umpama ada serupa tak ada. Wujud macam tak ada impak.

Mungkin hari ini, nama Cliff sudah meniti di bibir peminat dia yang tersendiri. Cuma harap titian itu berpanjangan dan bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam.

Pernahkah terfikir mengapa nama Cliff atau Boy semasa dengan grup Projek Pistol tidak meletup, tidak boom!?


Jawapannya ada pada malam tadi. Ya, Cliff dikatakan mempunyai suara yang ‘sedap’. Tapi itu tidak memberi jaminan perjalanan yang mendapat sokongan seperti penyanyi tersohor tanah air, penyanyi lelaki yang duduk di dalam kategorinya yang tersendiri, vokalis dari artis berkumpulan yang terus didukung dan diminati sehingga ke hari ini.

Fikir dan dapatlah jawapannya. Keghairahan yang dipaparkan adakalanya dianggap satu perkara remeh oleh Cliff dan mungkin tidak sedar, perkataan yang disusuli dengan perbuatan yang dilakukannya malam tadi memberi natijah kepada orang di luar sana.

Bukan perlu untuk terus menyatakan SOP yang perlu dipatuhi dalam keadaan negara kita masih dibelenggu dengan Covid-19, diluahkan sejurus selepas menang pertandingan.

Menyusahkan atau tidak, SOP perlu dipatuhi dan izinkan diberi contoh di sini, KALAU PENYANYI AISHAH (JANJI MANISMU) BOLEH MENYANYI DENGAN MEMAKAI PELITUP MUKA (FACE MASK) DALAM SATU MAJLIS TERTUTUP, AISHAH PATUH SOP DAN TERUS NYANYI. (sekadar contoh di hadapan mata wartawan SUARA MERDEKA).

Menjadi artis juga perlu ada pakej dan yang dimaksudkan di sini, bukan rupa paras semata-mata sebaliknya sikap yang menyenangkan.

Sikap atau dalam istilah lainnya, ATTITUDE yang tidak membuat orang lain memandang serong terhadap artis sendiri.

Daripada sikap, akan terbitlah istilah POYO atau berlagak walaupun pada asalnya, artis yang berkenaan tidak terfikir untuk bersikap POYO atau berlagak.

Itulah sebabnya, dalam meraikan apa juga kemenangan yang dianggap sebagai rezeki, biarlah jangan GHAIRAH kerana keghairahan itulah dalam sekelip mata, akan merubah banyak perkara.

Malam tadi adalah bukti tetang tindakan spontan yang tidak terfikir akan memberi kesan dan seterusnya dipandang sebagai POYO oleh Cliff Umar!

Selepas ini, kita tunggu pula sama ada Noraniza Idris akan mengadakan satu pertemuan menarik dengan Pengarah drama TV, Michael Ang yang lantang mengeluarkan kritikan saban minggu terhadap persembahan pemenang tempat keempat pertandingan malam tadi.

Para peminat dan khususnya keluarga besar Noraniza Idris menunggu untuk mendengar apakah rasional tulisan Michael Ang apabila berdepan, bertentang secara empat mata dengan Kak Ani kita!

Semoga industri hiburan Malaysia terus maju dan tidak sendu. –  SM

(Visited 3,546 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button