Ekonomi

Moratorium masih berbaloi kepada yang memerlukan

MORATORIUM itu apa? Tak ramai pun yang peduli sebelum ia menjadi pandemik sejak semalam. Mudah fahamnya adalah, ‘Penangguhan Pembayaran Peminjam Bank’.

Kerajaan tidak buat pusingan U. Ini mungkin kenyataan tidak popular.

Bank Negara Malaysia (BNM) tidak pernah berkata secara hitam putih bahawa tidak ada sebarang faedah akan dikenakan. Jadi Mak Cik Kiah kena tipu atau harapan palsu sebelum ini?

Orang minta tangguh sebab pendapatan terjejas, mana nak datang pendapatan untuk bayar sekali gus. Begini yang saya faham dan jika diringkaskan. Ada tiga keadaan pilihan pembayaran.

A. Bayar ansuran setiap bulan (April-September) seperti biasa, dan tiada bayaran faedah tambahan dikenakan; atau

B. Bayar sekali gus ansuran yang tertangguh 6 bulan pada bulan Oktober dan tiada bayaran faedah tambahan dikenakan; atau

C. Bayar melalui pemanjangan tempoh pinjaman selama 6 bulan, dan faedah dikenakan sepanjang tempoh kontrak asal dan pemanjangan.

Jadi kita keliru. Penangguhan pinjaman boleh dibuat namun faedah tetap bulanan perlu dibayar secara bulanan atau sekali gus setelah 6 bulan.

Tapi, BNM dan kerajaan perlu akui kelemahan komunikasi seperti yang diakui oleh Menteri Kewangan.

Rakyat tidak salah. Memang keliru. Soalan lazim (FAQ) Bank Negara Malaysia ada yang berubah.

Kenyataan BNM sebelum ini saya juga malas untuk membaca. Bahasa yang tidak difahami ramai bila ia ditulis secara rasmi. Jargon kewangan. Contoh, faedah terakru tetap dikenakan. Fahamkah?

Ramai pelanggan termasuk saya yang merungut tidak dapat menghubungi bank untuk keterangan lanjut sejak dua minggu yang lalu. Maklumat tidak jelas.

Sudahlah ramai yang tiada kerja, hilang pendapatan. Runsing.

Dari aspek komunikasi politik, orang politik memang seronok membuat tafsiran. Kerajaan menipu. Sedangkan sewaktu pengumuman moratorium, BNM dipuji melangit. Bila ada kelemahan penerangan komunikasi, PN salah 100%.

Kerajaan berusaha sebaik mungkin mempermudah aliran tunai rakyat. Moratorium itu masih berbaloi sekiranya anda benar-benar memerlukannya.

Bank berilah kerjasama terbaik kepada kerajaan berdepan apa jua masalah dalam situasi menang-menang.

Tak semena-mena Tok Abah baca doa sebelum ini pun diejeknya.

Apapun kerajaan dan agensinya perlu perbaiki penerangan biar Mak Cik Kiah, Pak Heng, Muthu semua senang faham. Biar tidak panik. Jadi kerajaan yang merendah diri mendengar dan responsif.

Selamat Hari Buruh.

Artikel ini ditulis oleh Muzammil Ismail
Exco Armada Bersatu Malaysia

-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button