Nasional

Raja Perlis batal sambutan ulang tahun keputeraan ke-77

Gambar Fail

RAJA Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bertitah Sambutan Ulang Tahun Keputeraan baginda ke-77 yang akan diadakan pada 17 Julai ini dibatalkan.

Kerajaan Perlis menerusi satu kenyataan di laman web rasmi Pejabat Setiausaha Kerajaan Perlis memaklumkan pembatalan itu sebagai mengambil kira penularan wabak COVID-19 yang serius serta usaha-usaha kerajaan untuk menangani dan mengatasinya.

Kenyataan itu menyebut baginda juga menitahkan peruntukan bagi mengadakan perayaan hari keputeraan itu digunakan untuk keperluan yang lebih memberi manfaat kepada rakyat Perlis. – BERNAMA

(Visited 504 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button