Nasional

Monsun barat daya bermula 15 Mei

MONSUN Barat Daya dijangka bermula pada 15 Mei dan akan berterusan sehingga September, kata Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata hujan dijangka berlaku di kebanyakan tempat dalam tempoh itu.

“Biasanya ketika monsun Barat Daya, angin bertiup secara konsisten dari barat daya dengan kelembapan udara yang lebih rendah dan keadaan atmosfera yang lebih stabil akan menyebabkan pembentukan awan berkurangan.

“Akibatnya, bilangan hari tanpa hujan akan meningkat secara mendadak di beberapa tempat di seluruh negara,” tambahnya.

“Semasa monsun Barat Daya, fenomena jerebu mungkin berlaku sekiranya pembakaran terbuka tidak dikawal terutama dari Julai hingga September.

“Oleh itu, pembakaran terbuka mesti dielakkan bagi mengurangkan kesan jerebu dan pencemaran alam sekitar,” katanya sambil menambah orang ramai juga dinasihatkan supaya berjimat cermat dalam tempoh ini. -SM

BACA JUGA : Cuaca panas diramal sehingga Ogos, JBPM kenal pasti 406 kawasan hot spot

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button