Sukan

Mohamad Yusof menang gangsa di Kejohanan Berbasikal-Para Trek Dunia

KUALA LUMPUR, 2 Feb — Pelumba Malaysia Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin memenangi pingat gangsa di Kejohanan Berbasikal-Para Trek Dunia UCI di Milton, Kanada, hari ini.

Atlet berusia 23 tahun itu mendapat tempat ketiga dalam perlumbaan 15km scratch lelaki C1 dengan mengutip 88 mata sementara Ricardo Agiles dari Sepanyol menggondol emas dengan mengumpul 120 mata.

Pelumba Rusia Ivan Ermakovan membawa pulang perak dengan 104 mata.

Bagaimanapun, tuah tidak menyebelahi Mohamad Yusof dalam acara lain dan hanya mampu mendapat tempat kesembilan dalam acara kejar-mengejar individu dengan 32 mata dan pelumba China  Li Zhangyu (120 mata) dan Liang Weicong (88 mata) masing-masing menduduki tempat pertama dan ketiga sementara Ricardo di tempat kedua (104 mata).

Pemegang pingat emas Para ASEAN 2017 menduduki tempat kelima dalam acara omnium dan keenam dalam ujian masa 1km.

— BERNAMA

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button