Nasional

Mogok doktor: Ingat sumpah ketika mulakan kerjaya

Doktor muda diingatkan dengan sumpah yang mereka lafazkan ketika memulakan kerjaya tersebut.

Ingatan tersebut dibuat oleh Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berikutan ura-ura kumpulan doktor kontrak kebanyakkan masih lagi muda dan junior untuk melakukan mogok hari ini.

Menurut Dr. Noor Hisham tindakan melakukan mogok boleh menjejaskan nyawa pesakit.

“Menyeru semua rakan sekerja saya, doktor dan pekerja penjagaan kesihatan untuk mengingati sumpah yang kita semua buat ketika kita memulakan profesion kita, Primum non nocere, pertamanya jangan lakukan sesuatu yang ‘buruk’ atau ketidakadilan terhadap pesakit kita.

“Kepada rakan sekerja junior kami dalam jawatan kontrak, saya menggesa anda semua, jangan terbabit demonstrasi dan tinggalkan tugas anda terhadap pesakit anda.

“Ingatlah bahawa banyak nyawa sedang dipertaruhkan dan demonstrasi boleh mempengaruhi nyawa mereka dan juga kerjaya anda,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Dr. Noor Hishamn mengingatkan bahawa keselamatan pesakit adalah keutamaan sebagai seorang doktor.

“Saya ingin mengingatkan bahawa keselamatan pesakit adalah keutamaan kita. Ingatlah kepada sumpah yang kita ambil secara ikhlas dan untuk berada bersama pesakit anda pada ketika mereka dan negara anda amat perlukan.

“Kitalah barisan pertahanan terakhir untuk memberikan rawatan kepada pesakit kita dan setiap nyawa adalah penting,” katanya.

Doktor kontrak merancang melakukan tindakan perusahaan mogok secara ‘walk out’ dengan berhenti tugas dan keluar beramai-ramai pada jam 11 pagi hari ini. Mereka melobi jaminan pekerjaan dan prospek kerjaya yang lebih baik.

Menurut Dr. Noor Hisham, pihaknya memahami tuntutan yang dibuat oleh kumpulan terbabit yang mahukan jawatan tetap dan Kerajaan telah mengumumkan tambahan kontrak selama dua tahun.

Lanjutan kontrak itu bertujuan memberi kerajaan waktu untuk memungkinan dibuat perjawatan tetap.

“Ini akan memberikan masa untuk pindaan dilakukan kepada Akta Pencen, supaya jawatan tetap boleh dibenarkan untuk mencarum dengan KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja), sebagai contohnya, tanpa pilihan untuk pencen.

“Sementara itu, kerajaan akan membenarkan mereka yang berada dalam jawatan kontrak untuk menyambung pendidikan mereka ke peringkat sarjana walaupun memegang jawatan kontrak dan akan menawarkan jawatan tetap KWSP setelah ia tersedia,” jelasnya.-SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button