Miskin bandar lebih teruk dari miskin tegar di kampung
KITA mungkin fikir golongan miskin tegar, kebanyakannya terdapat di kampung dan di pedalaman sahaja.
Tetapi hakikatnya kini situasi semakin buruk di bandar kerana dengan tekanan hidup serta sara hidup yang semakin meningkat, hingga menyebabkan ramai yang tidak mampu menyediakan keperluan asas, termasuk kediaman yang selamat.
Tinjauan yang dibuat oleh Menteri Wilayah, Tan Sri Annuar Musa dan aktivis masyarakat Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang menemui seorang lelaki Leong Choong Keong yang hidup dalam keadaan yang sangat dhaif.
Sehubungan itu Annuar berjanji untuk mengusahakan supaya dia dipindahkan ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) dengan kadar segera, sebelum bantuan lain disalurkan.
Annuar sendiri mengakui sepanjang karier politiknya tidak pernah melihat keadaan hidup sedhaif lelaki berkenaan.
Justeru Annuar berikrar untuk membantu lelaki berkenaan memulakan kehidupan baharu.